BERAKAS GARRISON, Friday 01 September 2023 – In conjunction with the school term holiday and 61st anniversary of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Combat Service Support (CSS) RBLF today celebrated its family day at the Shooting Range, Berakas Garrison.

Also present to enliven the event were Officers Commanding of CSS RBLF units, Officers, Regiment Sergeant Major, and CSS RBLF personnel together with their respective family members.

The event commenced with a Zumba exercise led by Corporal Muhammad Haziq bin Mahali from Support Battalion RBLF. In addition, the event was filled with various game activities that have been prepared by the units under CSS RBLF, including Tug of War matches between the units and various food bazaars.​
The Family Day was organished as part of the activities in conjunction with RBLF’s 61st Anniversary, which aims to strengthen relations and family bonds among military personnel and civilian staff within Berakas Garrison, and to provide an atmosphere beyond the scope of daily tasks.

KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN  SAMBUTAN HARI KELUARGA

BERAKAS GARISON, Jumaat 01 Sept 2023 – Sempena cuti penggal persekolahan dan ulang tahun ke-61 Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB hari ini meraikan hari keluarga di Padang Tembak ETR Berakas Garrison.

Turut hadir memeriahkan acara tersebut adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Memerintah unit di bawah KBK, Pegawai-Pegawai, Rejimen Sarjan Mejar (RSM) serta anggota-anggota KBK bersama dengan ahli keluarga mereka.

Acara dimulakan dengan senam Zumba beramai-ramai di kawasan Padang Tembak, Berakas yang diketuai oleh Kopral Muhammad Haziq bin Mahali dari unit Batalion Bantu TDDB. Selain itu, sambutan ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti permainan yang telah disediakan oleh unit-unit bawah KBK TDDB termasuk perlawanan tarik kalat antara unit-unit dan pelbagai bazar makanan turut diadakan.

Acara Hari Keluarga ini diungkayahkan sebagai salah satu aktiviti sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 61 tahun yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan institusi kekeluargaan di kalangan anggota-anggota tentera dan kakitangan awam yang bertugas di Berakas Garison dan untuk memberikan satu suasana menyeronokkan selain dari tugasan harian.