BERAKAS GARRISON, Tuesday, 04 April 2023 – An Iftar organised by Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) for the former Commandants and the former Regiment Sergeant Majors (RSM) of CSS RBLF was held today at the Officers’ Mess, Berakas Garrison.

Present among the invited guests were Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Hj Md Jaafar bin Hj Abdul Aziz, Yang Dimuliakan Datu Pekerma Bijaya Colonel (Retired) Dato Paduka Awang Haji Husin bin Hj Sulaiman, Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigedier General (Retired) Dato Paduka Awang Haji Yusof bin Abu Bakar and Colonel (Retired) Pengiran Dato Paduka Hj Azmansham bin Pengiran Hj Mohamad. The event was hosted by Commandant of CSS RBLF together with the officers and personnel of CSS RBLF.

The event commenced with a group photo session, followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil. It continued with Iftar and mass Maghrib prayers. The event then proceeded with dinner and ended with the presentation of mementos by the Commandant and the RSM of CSS RBLF to all former Commandants and former RSM of CSS RBLF.

The event is an annual activity for CSS RBLF which is usually carried out during the month of Ramadhan. It aims to show appreciation and commemorate the services rendered by the former Commandants, and RSMs as well as to strengthen the bond with the personnel of CSS RBLF.

 

KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

BERAKAS GARISON, Selasa, 04 April 2023 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Komandan dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) KBK TDDB pada hari ini bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Di antara jemputan-jemputan khas yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Hj Md Jaafar bin Hj Abdul Aziz, Yang Dimuliakan Datu Pekerma Bijaya Kolonel (Bersara) Dato Paduka Awang Haji Husin bin Hj Sulaiman, Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Awang Haji Yusof bin Abu Bakar and Kolonel (Bersara) Pengiran Dato Paduka Hj Azmansham bin Pengiran Hj Mohamad. Majlis dihoskan oleh Komandan KBK TDDB bersama pegawai-pegawai dan anggota KBK TDDB.​

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan membaca Surah Yassin serta Tahlil secara beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa, menunaikan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, makan malam dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan yang disampaikan oleh Komandan dan SMR KBK TDDB kepada para jemputan yang diraikan.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan KBK TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadan sebagai tanda penghargaan dan memperingati jasa bakti bagi mantan-mantan Komandan dan Sarjan Mejar Rejimen yang pernah menabur bakti serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama anggota KBK TDDB.​