PENANJONG GARRISON, Friday, 14th November 2025 – The Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), conducted the closing event for the Combat Medic Course (CMC) 2025 at the FIBUA Complex in Penanjong Garrison. The course, held from 8th September to 13th November 2025, was attended by a total of 20 participants, comprising two personnel from the Field Headquarters, two personnel each from the First, Second and Third Battalion, one from the Royal Guard Regiment, three from the Royal Brunei Navy (RBN), three from the Royal Brunei Air Force (RBAirF), two from the Special Forces Regiment, Royal Brunei Armed Forces (SFR RBAF), one from the Royal Brunei Police Force (RBPF) and two from the Prisons Department.
Officiating the closing was Colonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services, RBLF, and was also attended by Senior Officers, Officers, Course Instructors, and Non-Commissioned Officers from respective units. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of certificates, awards, and Combat Medic badges. The Overall Best Student Award was presented to Corporal Mohammad Aminuddin bin Nordin from the First Battalion, the Best Student in Theory was awarded to Able Rate Mohd Azi Yusran bin Mohammad from the RBN, while the Best Student in Practical was given to the SFR personnel.
The 9-week Combat Medic Course has provided the participants with the essential military medical skills, including Basic Life Support (BLS), Basic Casualty Assessment (BCA), triage procedures, and Casualty Evacuation (CASEVAC). Participants were also tested on clinical proficiency, physical resilience, and mental endurance in a battlefield scenario and military operational conditions. The course reflects the RBAF’s ongoing commitment to strengthening operational medical readiness and enhancing interoperability with other services and agencies.




KOMBAT MEDIK SEDIA BERKHIDMAT
PENANJONG GARISON, Jumaat, 14 November 2025 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan acara penutup bagi Kursus Kombat Medik Sesi 2025 bertempat di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison. Kursus yang diadakan dari 8 September hingga 13 November 2025 itu telah dihadiri oleh seramai 20 peserta yang terdiri daripada dua anggota dari Markas Medan TDDB, dua anggota masing-masing dari Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga, seorang dari Rejimen Pengawal Diraja, tiga dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), tiga dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dua dari Rejimen Pasukan Khas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RPK ABDB), seorang dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan dua dari Jabatan Penjara.
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih kursus serta PTB-Pegawai Tidak Bertauliah daripada TDDB, TLDB, TUDB, PPDB dan Jabatan Penjara.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian sijil, anugerah serta lencana Kombat Medik. Penuntut Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Koperal Mohammad Aminuddin bin Nordin dari Batalion Pertama, Penuntut Cemerlang Teori kepada Laskar Kanan Mohd Azi Yusran bin Mohammad dari TLDB, manakala Penuntut Cemerlang Praktikal disandang oleh anggota dari RPK.
Kursus Kombat Medik selama 9 minggu ini menyediakan para peserta dengan kemahiran perubatan ketenteraan asas seperti Bantuan Asas Hayat, Pemeriksaan Asas Pesakit, prosedur Triage dan latihan Casualty Evacuation (CASEVAC). Peserta-peserta juga diuji mengenai kemahiran klinikal, ketahanan fizikal dan kecergasan mental dalam senario medan perang dan keadaan operasi ketenteraan. Kursus ini mencerminkan komitmen berterusan ABDB untuk mengukuhkan kesiapsiagaan dalam perubatan ketenteraan serta meningkatkan interoperabiliti bersama unit-unit dan agensi-agensi lain.