MUARA, Thursday, 22 July 2021 – The Combat Boat Squadron from the Support Battalion Royal Brunei Land Force (CBS Sp Bn RBLF) commemorated their 10th anniversary at the CBS Hangar, Royal Brunei Naval Base.
Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Rudie Asmawi Bin Haji Abidin, Commanding Officer, Sp Bn RBLF. The ceremony started with a parade followed by the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Md Faisal bin Hj Md Hussin, CBS Religious Committee Member. Lieutenant Pg Muhd Khair Pg Haji Abdullah Sani, Acting CBS Officer in Command then delivered his welcoming remarks and shared the achievements and evolution of the CBS since its absorption into RBLF on 22 July 2011. The ceremony continued further with the recitation of Surah Yassin and Thanksgiving Prayer at the Surau Al-Huda, Royal Brunei Naval Base.
The CBS aspires to sustain its efforts in being an accomplished unit that ensures Negara Brunei Darussalam’s maritime safety and security through the acquisition of new assets and capacity development toward the fulfilment of their roles and responsibilities as stated in the Defence White Paper 2021. The involvement of its personnel in bilateral exercises also contributed to high levels of confidence and competency in conducting maritime operations.



SKUADRON BOT TEMPUR BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE-10
MUARA, Khamis, 22 Julai 2021 – Upacara Sambutan Hari Ulang Tahun Skuadron Bot Tempur Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (SBT, Bn Bantu TDDB) ke-10 telah pun diadakan di Hangar Skuadron Bot Tempur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi Bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB. Upacara dimulakan dengan perbarisan dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Soldadu Md Faisal bin Hj Md Hussin, Ahli Jawatankuasa Keagamaan SBT. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Leftenan Pg Muhd Khair Pg Haji Abdullah Sani, Pemangku Pegawai Memerintah SBT, Bn Bantu TDDB yang mana dalam ucapan beliau mengimbas pelbagai pencapaian dan evolusi SBT sejak penyerapannya ke TDDB pada 22 Julai 2011. Acara seterusnya beredar ke Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei bagi bacaan surah Yassin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang tahun SBT.
SBT dalam usahanya untuk terus menjadi satu unit yang berkebolehan dalam memastikan sekuriti dan keselamatan perairan sungai Negara Brunei Darussalam melalui perolehan dan perkembangan keupayaan serta aset-aset baru dalam usaha memenuhi peranan dan tanggungjawab seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021. Penglibatan anggota dalam eksesais – eksesais yang dikendalikan terutama sekali eksesais dua hala menambahkan lagi keyakinan serta kecekapan anggota dalam membuat operasi maritim.