Muara Base, Tuesday, 22nd July 2025The Combat Boat Squadron, Royal Brunei Land Forces (CBS RBLF) celebrated its 14th anniversary with a parade involving 41 personnel held at the Combat Boat Squadron, Muara Base. Present at the event was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, RBLF Field Commander.

Upon arrival, the Field Commander received an honorary salute from the parade, commanded by Lieutenant Muhammad Hafiy Fitri bin Awang Adanan, CBS Admin Officer. The celebration then commenced with the parade inspection, followed by remarks from the Field Commander who highlighted the squadron’s notable achievements and contributions, particularly in enhancing manpower capability, training, and logistical support. Also in attendance were the Chief of Staff, Field Headquarters, Officers, and representatives from the Outboard Motor Maintenance Section of the Royal Brunei Navy.

This anniversary celebration not only marks a significant milestone for CBS but also reflects the unit’s steadfast commitment and dedication in providing the essential combat support towards fulfilling the Royal Brunei Armed Forces’ operational requirements.

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SKUADRON BOT TEMPUR KE 14-TAHUN

Pangkalan Muara, Selasa, 22 Julai 2025 – Skuadron Bot Tempur Tentera Darat Diraja Brunei (SBT TDDB) telah meraikan sambutan Hari Ulang Tahun ke-14 dengan upacara perbarisan yang melibatkan seramai 41 anggota bertempat di Skuadron Bot Tempur, Pangkalan Muara. Hadir pada acara tersebut ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.

Sejurus tiba, Pemerintah Medan TDDB menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Muhammad Hafiy Fitri bin Awang Adanan, Pegawai Tadbir SBT. Sambutan kemudiannya dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan ucapan daripada Pemerintah Medan yang mana beliau menyampaikan mengenai pencapaian dan sumbangan SBT, khususnya dalam meningkatkan keupayaan anggota, latihan, serta aspek sokongan logistik. Acara tersebut turut dihadiri oleh Ketua Staf Markas Medan, Pegawai-pegawai, dan wakil Bahagian Pemeliharaan Enjin Motor Sangkut Tentera Laut Diraja Brunei.

Sambutan ulang tahun ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian penting bagi SBT tetapi juga mencerminkan komitmen dan dedikasi berterusan unit berkenaan dalam memberikan bantuan kombat ke arah memenuhi keperluan operasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.