BERAKAS GARRISON, Tuesday, 1st July 2025 – The First Battalion Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF) has concluded its Platoon Competition and Platoon Drill Competition, culminating in a spirited closing event at the 1Bn RBLF Parade Square, Berakas Garrison. The Platoon Competition began from 3rd until 25th June 2025, while the Platoon Drill Competition was held from 24th until 26th June 2025. In attendance to officiate the closing was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, RBLF Field Commander.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Md Izharuddin Syah bin Md Kadir from the Religious Directorate, Royal Brunei Armed Forces followed by the overall summary of the competitions. The awards were then presented to all winners by the Field Commander, whereby Platoon 1 from ‘A’ Company won the first place in the Platoon Competition for achieving the highest overall points, demonstrating an exceptional proficiency across all evaluated area. Meanwhile, Lieutenant Abdul Wafiy bin Haji Masri from Platoon 1, ‘A’ Company was awarded as the Best Platoon Commander, and Corporal Mohammad Sahrol Nizam bin Samat of Platoon 1, ‘A’ Company as the Best Platoon Sergeant. As for the Platoon Drill Competition, Platoon 2, ‘A’ Company was crowned as champion, displaying precision, synchronisation and discipline throughout the competition.
The Platoon Competition served as a vital platform to enhance the combat effectiveness and preparedness in ensuring RBLF continued ability to safeguard the nation, and further strengthen professional development of RBLF personnel. While the Platoon Drill Competition is to uphold and enhance the high standards of military drill and bearing within the RBLF. The RBLF leadership extends its sincere congratulations to all participating platoons for their hard work, dedication, and the high standards they maintained throughout the competition.


Platun Terbaik Keseluruhan
UPACARA PENUTUP BAGI PERLAWANAN ANTARA PLATUN DAN PERLAWANAN KAWAD ANTARA PLATUN
BERAKAS GARISON, Selasa, 1 Julai 2025 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menutup Perlawanan antara Platun dan Perlawanan Kawad antara Platun yang diakhiri dengan acara penutup di Padang Kawad 1Bn TDDB, Berakas Garison. Perlawanan antara Platun bermula pada 3 hingga 25 Jun 2025, manakala Perlawanan Kawad antara Platun telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2025. Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Soldadu Md Izharuddin Syah bin Md Kadir daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diikuti dengan rumusan keseluruhan perlawanan. Penyampaian anugerah kemudiannya disampaikan kepada semua pemenang oleh Pemerintah Medan di mana Platun 1 dari Kompeni ‘A’ telah memenangi tempat pertama dalam Perlawanan antara Platun dengan mencapai mata keseluruhan tertinggi dan menunjukkan kecekapan dalam semua penilaian. Sementara itu, Leftenan Abdul Wafiy bin Haji Masri dari Platun 1, Kompeni ‘A’ dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik, dan Koperal Mohammad Sahrol Nizam bin Samat dari Platun 1, Kompeni ‘A’ sebagai Sarjan Platun Terbaik. Bagi Perlawanan Kawad antara Platun pula, Platun 2, Kompeni ‘A’ telah dinobatkan sebagai juara dengan mempamerkan disiplin, ketepatan dan penyelarasan sepanjang perlawanan.
Perlawanan antara Platun merupakan platform penting untuk meningkatkan keberkesanan dan kesiapsiagaan tempur dalam memastikan keupayaan TDDB yang berterusan untuk melindungi negara, dan seterusnya mengukuhkan lagi pembangunan profesional anggota TDDB. Manakala Perlawanan Kawad antara Platun diadakan bagi mengekalkan dan mempertingkatkan tahap disiplin kawad serta penampilan ketenteraan yang tinggi dalam TDDB. Pihak kepimpinan TDDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua platun yang mengambil bahagian atas komitmen, dedikasi serta tahap profesionalisme tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang perlawanan tersebut.
Ketua Platun Terbaik
Platun Sarjan Terbaik
Platun Kawad Terbaik








Perlawanan Antara Platun





Perlawanan Kawad Antara Platun