PENANJONG GARRISON, Thursday, 24 November 2022 – School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) held a Closing Ceremony today for the Company Commander Course 2022 at the Officers’ Mess, Penanjong Garrison. A total of 10 officers consisting of; seven officers from RBLF, one officer from the Joint Force Headquarters, one officer from the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and one officer from the Special Forces Regiment (SFR) attended the 10-weeks course conducted from 19 September 2022 until 24 November 2022.
Present as the Guest of Honor (GOH) was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of the RBLF. Also present at the ceremony were Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander of RBLF and RBAF Senior Officers.
The ceremony commenced with a group photo session, the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Ali Imran from verses 102 to 104 by Major Haji Mohammad Alihassan bin Haji Japar followed by the welcoming remarks and course review by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Acting Officer Commanding, Officers’ Development Wing, SOI RBLF.
The ceremony continued with the presentation of certificates and awards by the GOH to the course participants. Captain Abdul Qahhar bin Hj Abd. Mulok from RBLF awarded the Overall Best Student, while Major Azzirolly bin Semua awarded the Best Practical and Captain Amzar Mu’az bin Tamit from RBLF awarded the Best Theoretical.
The GOH then delivered his speech where he highlighted several guidelines in carrying out the role as the officer commanding and as a land force officer. He also emphasised that the spiritual aspect is the key to help carrying out roles and responsibilities with full commitment, honesty, and trust. In addition, the GOH also underlined that the officer commanding must be diligent in acquiring knowledge, closely relating to the field of tactics, policy, doctrine and various reference materials that can contribute to the strength of knowledge, and lastly, to hone leadership by prioritising the role as an officer commanding through wisdom, which can be obtained from knowledge and experience.
The ceremony concluded with the congratulatory remarks from the GOH and the official closing of the Company Commander Course 2022.
The objective of the course is to train company commanders to be competent and confident officers, capable of delivering sensible decision making, decisive action, elaborate command and control, mission accomplishment, and taking care of the welfare of soldiers.

MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA KOMPENI 2022
PENANJONG GARISON, Khamis, 24 November 2022 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup bagi Kursus Ketua Kompeni 2022 bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Seramai 10 pegawai terdiri daripada tujuh pegawai TDDB, seorang pegawai dari Markas Angkatan Bersama, seorang pegawai dari Institut Latihan ABDB dan seorang pegawai dari Rejimen Pasukan Khas (RPK) telah mengikuti kursus selama 10 minggu yang dijalankan dari 19 September 2022 sehingga 24 November 2022.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Ali Imran dari ayat 102 hingga 104 oleh Mejar Haji Mohammad Alihassan bin Haji Japar. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan, ulasan perjalanan kursus oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pemangku Pegawai Memerintah, Cawangan Perkembangan Pegawai, SI TDDB.
Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian sijil dan anugerah yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada peserta-perserta kursus. Anugerah Penuntut Terbaik keseluruhan disandang oleh Kapten Abdul Qahhar bin Hj Abd. Mulok, daripada TDDB dan Anugerah Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Mejar Azzirolly bin Semua, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Kapten Amzar Mu’az bin Tamit daripada TDDB.
Tetamu kehormat kemudian telah menyampaikan ucapan dengan mengongsikan beberapa panduan dalam menjalankan peranan selaku ketua kompeni khasnya dan pegawai tentera darat amnya. Beliau juga menekankan tentang aspek kerohanian itu adalah payung untuk membantu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen, jujur dan amanah. Selain itu, Tetamu Kehormat juga menekankan ketua kompeni mestilah rajin menimba ilmu, yang berkait rapat dalam bidang taktik, dasar, doktrin dan pelbagai bahan rujukan yang boleh menyumbang kepada kekuatan pengetahuan, dan akhir sekali, untuk mengasah kepimpinan dengan mengutamakan peranan sebagai ketua kompeni melalui kebijaksanaan, yang boleh diperolehi daripada ilmu dan pengalaman.
Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah daripada Tetamu Kehormat dan penutupan secara rasmi Kursus Ketua Kompeni 2022.
Objektif kursus ini adalah untuk melatih pengetahuan asas sebagai seorang ketua kompeni dan pegawai yang cekap dan berkeyakinan, mampu menyampaikan keputusan yang wajar, tindakan tegas, perintah dan kawalan yang terperinci, pencapaian misi, dan menjaga kebajikan askar.