PENANJONG GARRISON, Friday, 1st March 2024 – The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) Series 03/2023 took place this morning at the Cookhouse, Field Headquarters, Royal Brunei Land Force (RBLF). The course, which included 35 participants from various units of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), was conducted from 4th January 2024 to 1st March 2024.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff RBLF. Also present were senior officers, officers, and personnel from RBAF.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Sergeant Adi Yusri bin Haji Yakop, representing the course participants, followed by the recitation of Surah Al-Mujadalah verses 11-12. Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Head of Department, Department of Small Arms and Heavy Weapons, School of Infantry, RBLF delivered the opening remarks. The ceremony included the presentation of certificates and awards of outstanding achievements in practical, theory and best overall student. The ceremony concluded with the closing remarks from the Guest of Honour, followed by the recitation of Closing Doa and a photo session.

The Best Practical Award went to Sergeant Asmali bin Masri, Special Forces Regiment (SFR). Meanwhile, Best Theory Award went to Sergeant Aliussin bin Hasli, Second Battalion RBLF, and Best Overall Award went to Sergeant Muhammad Nurul Ikma bin Affandi, SFR.

The course aims to train officers and senior ranks as proficient Firing Range Officers, emphasising key areas such as administration, supervision, and invigilation across different levels. Participants gain skills in logistical coordination, resource allocation, and safety protocol implementation. The training ensures all participants are prepared to oversee firing range activities effectively, maintaining a secure environment during live-firing exercises.

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 03/2023

PENANJONG GARISONJumaat, 1 Mac 2024 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 03/2023 telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Rumah Masak, Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Kursus ini, yang melibatkan seramai 35 peserta yang terdiri dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dijalankan dari 4 Januari 2024 hingga 1 Mac 2024.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota ABDB

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Sarjan Adi Yusri bin Haji Yakop selaku wakil peserta kursus, diikuti dengan bacaan ayat Mujadalah ayat 11 hingga 12. Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, Sekolah Infantri, TDDB memberikan ucapan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah-anugerah cemerlang dalam aspek praktikal, teori dan pelajar terbaik keseluruhan. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.

Anugerah Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Sarjan Asmali bin Masri dari Rejimen Pasukan Khas (RPK). Selain itu, Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Sarjan Aliussin bin Hasli dari Batalion Kedua TDDB, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Sarjan Muhammad Nurul Ikma bin Affandi dari RPK.

Kursus ini bertujuan untuk melatih dan mendedahkan Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan sebagai Pegawai Tapak Tembak yang mahir, dengan menekankan aspek penting seperti pentadbiran, pengawasan, dan pengawalan pada pelbagai peringkat. Peserta kursus memperoleh kemahiran dalam koordinasi lojistik, pengurusan sumber, dan pelaksanaan protocol keselamatan. Kursus ini memastikan semua peserta bersedia untuk mengawasi aktiviti padang tembak secara efektif, mengekalkan persekitaran yang selamat semasa menjalankan latihan menembak.