PENANJONG GARRISON, Thursday 01 December 2022 – The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) Series 3/2022 was held this morning at the Cook House, Support Battalion, Penanjong Garrison.

 Present as the Guest of Honor was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Acting Chief of Staff, Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present during the ceremony were Senior Officers, officers and personnel from the Royal Brunei Armed Forces and the Prison Department, Ministry of Home Affairs (MOHA).

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Staff Sergeant Mohd Sumardy bin Sulaiman as a representative from the course participants, followed by reading of Al-Quran, Surah An-Nisaa verses 69-74 and remarks from Captain Pg Abd Malik bin Pg Bidin, Head of Department, Department of Small Arms and Heavy Weapons, School of Infantry, RBLF. It continued with the presentation of certificates along with the awards of outstanding achievements in all areas of assessment which includes practical and theory. The ceremony concluded with the closing remarks from the Guest of Honour, recitation of Closing Doa and group photo session.

The Best Practical Award went to Staff Sergeant Mohd Anif bin Zahari. Meanwhile, the Best Theory Award went to Sergeant Khairul Anuar bin Ahad and Best Overall Award went to Lieutenant Muhd Hafizh bin Abdul Khalid.

The RMC Series 3/2022 took place from 6 October 2022 to 2 December 2022, and was attended by a total of 63 participants from various units of the Royal Brunei Armed Forces, and one officer from the Prison Department, MOHA. The course serves to train the officers and seniors ranks as firing range officers especially in other areas relating to administration, supervising, and invigilating on different levels.

 

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 03/2022

PENANJONG GARISON, Khamis 01 Disember 2022 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 03/2022 berlangsung pagi tadi di Rumah Masak, Batalion Bantu, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pemangku Ketua Staf, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang anggota dari Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Staf Sarjan Mohd Sumardy bin Sulaiman selaku wakil peserta kursus dan bacaan ayat suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisaa ayat 69-74, diikuti dengan ucapan daripada Kapten Pg Abd Malik bin Pg Bidin, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, Sekolah Infantri, TDDB. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah-anugerah cemerlang di setiap aspek penilaian yang merangkumi bidang amali dan teori. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.

Anugerah Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Staf Sarjan Mohd Anif bin Zahari. Selain itu, Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Sarjan Khairul Anuar bin Ahad, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Lt Muhd Hafizh bin Abdul Khalid.

 

Kursus tersebut dijalankan bermula 6 Oktober hingga 2 Disember 2022 dan dihadiri oleh seramai 63 peserta kursus dari pelbagai unit di ABDB termasuk seorang anggota dari Jabatan Penjara, KHEDN. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih and mendedahkan Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan sebagai Pegawai Tapak Tembak yang berkaitan dengan pentadbiran, penyeliaan dan pengawasan dalam peringkat yang berbeza.