PENANJONG GARRISON, Monday, 17 April 2023 – A closing ceremony was held today to mark the completion of the Search Advisor Course 2023 at the Chemical, Biological, Radiological and Explosive Defense Unit, Support Battalion, Royal Brunei Land Force (CBRE, Def Unit, Sp Bn RBLF) Penanjong Garison.
The 3-weeks course began from 27 March to 17 April 2023 and was attended by eight personnel from RBLF and six personnel from Special Operations Section, Royal Brunei Police Force.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Abang Hafizzam bin Abang Jamil followed by a speech from Lieutenant Pengiran Muhd Masduqi bin Pengiran Haji Damit, Acting Training Officer of CBRE, Def Unit, Sp Bn RBLF. The event continued with the presentation of certificates and badges as well as the presentation of excellent award to the recipient who achieved top grades in practical and theoretical fields. The Overall Best Student Award was awarded to Staff Sergeant Jamalludin bin Haji Bagol. The ceremony concluded with closing remarks from the Guest of Honour, followed by Doa Penutup and a group photo session.


KURSUS PENASIHAT GELEDAH SESI 2023 BERAKHIR
PENANJONG GARISON, Isnin, 17 April 2023 – Majlis Penutup Kursus Penasihat Geledah sesi 2023 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, (KBRL Bn Bantu TDDB), Penanjong Garison. Kursus ini diadakan selama tiga minggu bermula 27 Mac 2023 hingga 17 April 2023 dan telah dihadiri oleh dua pegawai dari Skuadron Jurutera Tempur Bn Bantu TDDB, enam anggota dari Unit Pertahanan KBRL Bn Bantu TDDB, dan enam anggota dari Pasukan Gerak Khas, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota Bn Bantu TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Soldadu Abang Hafizzam bin Abang Jamil, diikuti dengan ucapan daripada Leftenan Pengiran Muhd Masduqi bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Pegawai Latihan Unit Pertahanan KBRL Bn Bantu, TDDB. Majlis penyampaian sijil dan lencana kepada peserta kursus Penasihat Geledah bagi tahun 2023 seterusnya disempurnakan dengan penyampaian anugerah penuntut terbaik keseluruhan dari segi perlaksanaan praktikal dan teori yang disandang oleh Staf Sarjan Jamalludin bin Haji Bagol. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup kursus daripada Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.