TUTONG CAMP, Thursday, 15 December 2022 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) successfully held RBLF Swimming and Water Polo Championship for 2022 today at the Second Battalion RBLF (2Bn RBLF) Sports Complex, Tutong Camp.
Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF who presented the prizes to the winning teams of the RBLF Swimming and Water Polo Championship. Also present were Field Commander of RBLF, Acting Chief of Staff RBLF, senior officers, officers and personnel of RBLF.
Emerged victorious as a Water Polo Champion with a final score of 9-0 was 1Bn RBLF through the final game against 2Bn RBLF. Meanwhile, the overall champion for the swimming event also won by 1Bn RBLF with six gold, six silver and one bronze medals. First runner up was hold by 2Bn RBLF with five gold, three silver and four bronze medals. Second runner up was from Combat Service Support RBLF with one gold, two silver and three bronze medals. In 50 meters x 4 relay categories, the first place won by the combined team of RBLF Headquarters, Support Bn RBLF, School of Infantry RBLF, Royal Guards Regiment RBLF, Medical and Health Services RBLF and Dental Services RBLF. Whilst, came in second place was 1Bn RBLF and third place was 2Bn RBLF.
RBLF Swimming and Water Polo Championship which took place from 12 December 2022 until 15 December 2022 is one of the sports events which aims to improve physical fitness and endurance of the personnel, as well as to further strengthen the bond and competitive spirit amongst the RBLF personnel.



ACARA PENUTUP SUKAN RENANG DAN KEJOHANAN POLO AIR
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 2022
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 15 Disember 2022 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah berjaya menghoskan dan mengendalikan Kejohanan Renang dan Polo Air Peringkat TDDB bagi tahun 2022 pada hari ini yang bertempat di Kompleks Sukan Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB), Perkhemahan Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB yang menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan tersebut. Turut hadir ialah Pemerintah Medan TDDB, Pemangku Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan perlawana akhir kejohanan polo air diantara pasukan 1Bn TDDB dan 2Bn TDDB yang pasukan 1Bn TDDB Berjaya mencatat kemenangan dengan jaringan 9-0. Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian hadiah oleh tetamu kehormat.
1Bn TDDB muncul sebagai Juara Polo Air dengan markah 9-0 selepas menentang 2Bn TDDB. Sementara itu, juara keseluruhan acara renang juga disandang oleh 1Bn TDDB dengan mendapat enam pingat emas, enam pingat perak dan satu pingat gangsa. Manakala, naib juara disandang oleh 2Bn TDDB dengan mendapat lima pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Khidmat Bantuan Kombat TDDB dengan mendapat satu pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa. Selain itu, dalam kategori khas 50meter x 4, Juara terdiri daripada pasukan gabungan Markas TDDB, Bn Bantu TDDB, Sekolah Infantri TDDB, Rejimen Pengawal Diraja TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB. Tempat kedua dimenangi oleh 1Bn TDDB dan tempat ketiga dimenangi oleh 2Bn TDDB.
Kejohanan Renang dan Polo Air Peringkat TDDB telah diadakan bermula 12 Disember 2022 hingga 15 Disember 2022. Acara ini merupakan salah satu acara sukan yang bertujuan untuk meningkatkan kedayatahanan fizikal anggota serta bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan meningkatkan semangat juang di kalangan anggota TDDB.