BOLKIAH GARRISON, Thursday, May 25, 2023 – Fire and Safety Services, Combat Service Support of Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) in collaboration with Fire and Rescue Department, Ministry of Home Affairs (MOHA) today held the Closing Ceremony for Fire Prevention Special Course and Basic Fire Investigation Course Series 2/2022 at Fire and Safety Headquarters, Bolkiah Garrison. The two-weeks course was attended by 26 personnel consisted of 23 personnel from Fire and Safety Services, CSS RBLF, two personnel from Fire Service Fleet, Royal Brunei Airforce and one personnel from Gurkha Reserve Unit.

 

Present as the Guest Of Honour was Major Pg Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali, Staff Officer Grade Two for Intelligence and Security, CSS RBLF. Also in attendance was Hajah Farahamallina binti Abdullah, Deputy Chief of Fire and Rescue Department, MOHA, as well as the course instructors.

The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by an opening speech from one of the course participants. It continued with the closing speech by the Guest of Honour, presentation of certificates to all the participants and presentation of memento to the representative from the Fire and Safety Department, MOHA. The ceremony ended with the recitation of Closing Doa and group photo sessions. 

The course was the second time held in RBLF and was aimed to uplift the credibility of all the participants in carrying out their responsibilities as a Fire Fighter. With the close engagement between the Fire and Rescue Department, MOHA and CSS RBLF, it will diversify the existing cooperation to be more collaborative and synergetic.

MAJLIS PENUTUP KURSUS KHAS KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KURSUS ASAS PENYIASATAN KEBAKARAN SIRI 2/2022

BOLKIAH GARISON, Khamis, 25 Mei 2023 – Majlis Penutup Kursus Khas Keselamatan Kebakaran dan Kursus Asas Penyiasatan Kebakaran Siri 2/2022 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan kolaberasi padu di antara Unit Khidmat Bomba dan Keselamatan, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bertempat di Markas Khidmat Bomba dan Keselamatan, KBK TDDB, Bolkiah Garison. Kursus selama dua minggu itu dihadiri 26 anggota terdiri daripada 23 anggota dari Khidmat Bomba dan Keselamatan KBK TDDB, dua anggota dari Fire Service Fleet (Balai Bomba Tentera Udara) dan seorang anggota dari Unit Simpanan Gurkha.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Pg Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali, Timbalan Pegawai Turus Perisikan KBK TDDB. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Hajah Farahamallina binti Abdullah, Timbalan Ketua Keselamatan Kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN, pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih, penyelia kursus dan para peserta kursus yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta kursus. Majlis diteruskan dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat, penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan penyampaian cenderahati kepada wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

Kursus ini adalah kursus kali kedua diadakan dan ianya bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti ahli-ahli bomba yang terlibat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, dengan hubungan akrab di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN dan KBK TDDB, ia setentunya mampu mempelbagaikan kerjasama praktikal yang sedia ada untuk membangun sinergi dan kolaborasi yang lebih mampan.