BOLKIAH GARRISON, Friday, 16 December 2022 – Fire and Safety Services, Combat Service Support of Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) in collaboration with Fire and Rescue Department, Ministry of Home Affairs (MOHA) today held the Closing Ceremony for Fire Prevention Special Course and Basic Fire Investigation Course Series 1/2022 at Fire and Safety Headquarters, Bolkiah Garrison.
Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Assistant Chief of Staff, Operation RBLF. Also present were Haji Nohi Irwan Sukarki bin Haji Pawi, Assistant Technical Director/Head of Safety, Fire and Rescue Department, MOHA, officers, teaching staffs and course participants.
The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by an opening speech from one of the course participants. It continued with the closing speech by the Guest of Honour, presentation of certificates to all the participants and presentation of memento to the representative from the Fire and Safety Department, MOHA. The ceremony ended with the recitation of Closing Doa by Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMAAT) personnel and group photo sessions.
The two-weeks course aimed to uplift the credibility of all the participants in carrying out their responsibilities as a Fire Fighter. With the close engagement between the Fire and Rescue Department, MOHA and CSS RBLF, it will surely diversify its existing practical cooperation to be more collaborative and synergetic as well as to effectively deliver RBAF Defence Tasks highlighted in the Defence White Paper 2021.


MAJLIS PENUTUP KURSUS KHAS KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KURSUS ASAS PENYIASATAN KEBAKARAN SIRI 1/2022
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 16 Disember 2022 – Majlis Penutup Kursus Khas Keselamatan Kebakaran dan Kursus Asas Penyiasatan Kebakaran Siri 1/2022 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan kolaberasi padu di antara Unit Khidmat Bomba dan Keselamatan, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bertempat di Markas Khidmat Bomba dan Keselamatan, KBK TDDB, Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Penolong Ketua Staf Gerakan, Markas TDDB. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Haji Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi, Penolong Pengarah Teknikal/Ketua Keselamatan Kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN, pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih, penyelia kursus dan para peserta kursus yang diraikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta kursus. Majlis diteruskan dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat, penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan penyampaian cenderahati kepada wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh anggota Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT) dan sesi bergambar ramai.
Kursus selama dua minggu ini bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti ahli-ahli bomba yang terlibat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, dengan hubungan akrab di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN dan KBK TDDB, ia setentunya mampu mempelbagaikan kerjasama praktikal yang sedia ada untuk membangun sinergi dan kolaborasi yang lebih mampan demi mencapai keberkesanan pelaksanaan tugas pertahanan ABDB seperti yang ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021.