LABI, Friday, 11 November 2022 – The closing ceremony for Exercise MALLEE BULL 2022 was held today at Telingan, Labi. The three-day exercise took place from 09 November 2022 until 11 November 2022, which involved a total of 62 officers and personnel from 3Bn RBLF and 2nd/30th Training Group Australian Army.

Upon arrival, Brigadier Kahlil Fegan, Commander of 3rd Brigade Australian Army was welcomed by Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer 3Bn RBLF. Also in attendance were Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander RBLF, Senior Officers, Officers, and personnel from 3Bn RBLF and 2nd/30th Training Group Australian Army.

The ceremony began with a briefing on the execution of the exercise delivered by Major Haji Awang Mohammad Adi Asmawi bin Haji Awang Adanan, Officer Commanding Bravo Company 3Bn RBLF before moving to the final attack area to spectate a deliberate attack.

The ceremony continued with a military parade’s salute led by Lieutenant Mohamed Za’im bin Mohamed Abdulla. The ceremony then continued with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the closing remarks by Commander of 3rd Brigade Australian Army where he congratulated all the officers and personnel involved during the exercise and its successful completion. He further hoped that the exercise would further enhance the partnership and cooperation between both nations and armies. The Commander of 3rd Brigade Australian Army then officially closed the exercise.

The unit’s flag handover was then conducted by Major Haji Awang Mohammad Adi Asmawi bin Haji Awang Adanan, Officer Commanding of Bravo Company, 3Bn RBLF to Captain Elliott Starling, 2IC Company of 2nd/30th Training Group Australia Army followed by an appreciation speech from the Field Commander of RBLF. The ceremony concluded with a closing Doa and a photo session.

Exercise Mallee Bull aimed to strengthen the bonds and friendship through the professional exchange of knowledge, skills and experience between the two armies in both jungle and urban warfare at all levels.

MAJLIS PENUTUP EKSESAIS MALLEE BULL 2022

LABI, Juma’at, 11 November 2022 – Upacara Penutup Eksesais MALLEE BULL 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Telingan, Labi. Eksesais tiga hari tersebut berlangsung dari 09 November 2022 hingga 11 November 2022, melibatkan seramai 62 pegawai dan anggota dari 3Bn TDDB dan 2nd/30th Training Group Australian Army.

Sejurus kehadiran, Brigedier Kahlil Fegan, Komander 3rd Brigade Australian Army disambut oleh Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir ialah Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota dari 3Bn TDDB dan 2nd/30th Training Group Australian Army.

Majlis penutup eksesais dimulakan dengan taklimat mengenai perlaksanaan Eksesais yang disampaikan oleh Mejar Haji Awang Mohammad Adi Asmawi bin Haji Awang Adanan, Pegawai Memerintah Kompeni B, 3Bn TDDB sebelum beredar ke kawasan latihan serangan akhir untuk menyaksikan demonstrasi serangan dirancang.

Upacara diteruskan dengan tabik hormat daripada perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Mohamed Za’im bin Mohamed Abdulla. Upacara disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian ucapan penutup eksesais daripada Komander 3rd Brigade Australian Army. Beliau mengucapkan syabas kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam menyempurnakan eksesais and berhasrat agar eksesais ini dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua negara dan tentera. Penutupan rasmi eksesais kemudian dilaksanakan oleh Komander 3rd Brigade Australian Army.

Penyerahan bendera unit kemudiannya dilaksanakan oleh Mejar Haji Awang Mohammad Adi Asmawi bin Haji Awang Adanan, Pegawai Memerintah Kompeni B, 3Bn TDDB kepada Kapten Elliott Starling, 2IC Company 2nd/30th Training Group Australia Army dan diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Pemerintah Medan TDDB. Majlis diakhiri dengan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.

Eksesais Mallee Bull diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dan persahabatan di antara kedua negara melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam taktik peperangan hutan dan bandar (urban) di semua peringkat.