PENANJONG GARRISON, Thursday, 13 August 2020
The closing ceremony for the Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked) Basic Course for 2020 Session took place at Field Firing Area Range, Binturan Range Complex, Penanjong Garrison.









Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Commanding Officer of Support Battalion, Royal Brunei Land Force. The 06 months course started from 03 February until 13 August 2020 which involved a total of 18 RBLF personnel comprised from ARS Support Battalion and Combat Service Support (CSS).  

The closing ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah and followed with the live firing performance by the course participants, using 3 CVR (T) vehicles. Afterwards, the Guest of Honour also had the chance to perform the live shooting as the Gunner assisted by Sergeant Pg Saiful Bahari bin Pg Ismail as the Commander and Sergeant Mervin bin Kapal as the Coach.

The event ended with the presentation of badges, certificates and awards presentation presented by the Guest of Honour. The ‘Overall Best Student Award’ and ‘Best Student in Signal and Tactics’ went to Sergeant Azahri bin Haji Ahmad and ‘Best Student in Driving and Maintenance’ as well as ‘Gunnery’ went to Private Mohammad Azharuddin bin Osman.






The Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked) Basic Course aimed to qualify and provide participants with a knowledge to understand of a driver and crew roles and responsibilities in the field of gunnery, signal, and tactics as well as weapons and movement parades.




MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS COMBAT VEHICLE RECONNAISSANCE (TRACKED) BAGI SESI 2020

PENANJONG GARISON, Khamis, 13 Ogos 2020 – Majlis Penutup Kursus bagi Kursus Asas Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked) telah diadakan di Padang Tembak FFA, Kompleks Binturan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei. Kursus ini telah diadakan selama 06 bulan bermula 03 Februari 2020 hingga 13 Ogos 2020 yang melibatkan seramai 18 anggota TDDB daripada Unit Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) dan Khidmat Bantuan Kombat (KBK).

Majlis penutup kursus tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan acara pertunjukan menembak peluru hidup daripada peserta kursus dengan menggunakan 3 buah kenderaan CVR (T). Seterusnya, Tetamu Kehormat juga berpeluang untuk menembak peluru hidup sebagai Gunner, dengan dibantu oleh Sarjan Pg Saiful Bahari bin Pg Ismail sebagai Commander dan Sarjan Mervin bin Kapal sebagai Coach.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian lencana dan sijil serta anugerah yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. Anugerah Cemerlang iaitu ‘Overall Best Student Award’ dan ‘Best Student in Signal and Tactics’ disandang oleh Sarjan Azahri bin Haji Ahmad, dan Anugerah ‘Best Student in Driving and Maintenance‘ serta ‘Gunnery‘ disandang oleh Soldadu Mohammad Azharuddin bin Osman.

Kursus Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked) Basic Course bertujuan untuk melayakkan dan memberikan peserta-peserta kursus ilmu bagi kefahaman yang lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pemandu dan krew SKPP terhadap bidang persenjataan, semboyan dan taktik serta kawad-kawad senjata dan kawad-kawad pergerakan.