BOLKIAH GARRISON, Friday, December 16, 2022 – The closing ceremony for the Combat Medic Course Serial 02/2022 took place today at Ibnu Sina Hall, MRS Bolkiah Complex. A total of 32 personnel participated comprised from Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) and Special Forces Regiment, RBAF.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Acting Chief Medical Officer. Also present at the ceremony were Senior Medical Training Officer, officers and Medical Training Instructors.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, an opening speech from the course participants’ representative and a short video clip presentation showcasing the activities throughout the course. The ceremony continued with the presentation of certificates, Combat Medic Badges and awards presentation presented by the Guest of Honour.

The ‘Overall Best Student Award’ went to Lance Corporal Mohammad Wazien Waqiuddin bin Mohd Tahir from TI RBAF and ‘Best Theory Award’ went to Private Abdul Qawi bin Haji Suhaili from the Medical and Health Services RBLF while the Best Practical Award was given to Private Muhd Alif Hidayat bin Mohd Abidin from the Medical and Health Services RBLF. The ceremony concluded with a closing speech from the Guest of Honour and official closing for this course.

The Combat Medic Course was conducted for 11 weeks from 30 September 2022 to 16 December 2022. It is aimed to provide participants with knowledge and understanding of the importance of early treatment in the event of an injury in both military and civilian areas. Also, to train participants in the various combat medic skills needed in a medical emergency in both military and civilian areas.

MAJLIS PENUTUP KURSUS KOMBAT MEDIK SIRI 2/2022

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 16 Disember 2022 – Majlis Penutup Kursus Kombat Medik Siri 2/2022 telah berjaya diungkayahkan pada hari ini bertempat di Dewan Ibnu Sina, Kompleks MRS Bolkiah. Seramai 32 anggota telah menamatkan kursus berkenaan yang mana peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Pemangku Ketua Pegawai Perubatan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Kanan Latihan Perubatan, pegawai-pegawai dan Jurulatih-jurulatih Latihan Perubatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan pembukaan daripada wakil peserta kursus dan paparan video klip pendek yang menunjukkan aktiviti sepanjang kursus dijalankan. Majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian sijil, lencana kombat medik serta anugerah yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat.

Anugerah cemerlang iaitu ‘Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan’ disandang oleh Las Kopral Mohammad Wazien Waqiuddin bin Mohd Tahir daripada IL ABDB dan ‘Anugerah Terbaik Teori’ disandang oleh Soldadu Abdul Qawi bin Haji Suhaili daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Manakala, ‘Anugerah Terbaik Praktikal’ disandang oleh Soldadu Muhd Alif Hidayat bin Mohd Abidin juga dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat dan penutupan rasmi kursus berkenaan.

Kursus Kombat Medik ini telah dijalankan selama 11 minggu bermula 30 September 2022 hingga 16 Disember 2022. Ia bertujuan untuk memberikan peserta-peserta kursus kefahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan rawatan awal semasa berlakunya kecederaan di dalam kawasan ketenteraan mahu pun awam. Selain itu, ia juga melatih peserta-peserta kursus dalam pelbagai kemahiran kombat medik yang diperlukan dalam perubatan kecemasan sama ada ia melibatkan ketenteraan mahu pun warga awam.