BERAKAS GARRISON, Monday, 21 August 2023 – The closing ceremony for Basic Introductory Navigation and Patrol Procedures Workshop was held today for First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) personnel that took place at Cook House, 1Bn RBLF, Berakas Garrison. A total of 29 personnel of 1Bn RBLF attended the workshop which conducted from 14 August 2023 until 18 August 2023. Present as the Guest of Honour was Major Khairul Ariffin bin Awang Adanan, Officer Commanding, Command Company, 1Bn RBLF.
Throughout this workshop, participants were taught several theoretical lessons which includes navigation knowledge, patrol procedures, tracking, survival and information gathering while patrolling. They have also undergone practical activities for navigation at the Hiking Track, Berakas Garrison by section.
This workshop serves as a refresher and to enhance infantry personnel skills to read maps and navigate in the jungle. It is also aimed to develop their capability to obtain information during conducting patrols and reconnaissance.


MAJLIS PENUTUP BENGKEL PENGENALAN ASAS PANDU ARAH HUTAN DAN TATACARA RONDAAN PERINGKAT BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Isnin, 21 Ogos 2023 – Majlis Penutup Bengkel Pengenalan Asas Pandu Arah Hutan dan Tatacara Rondaan bagi anggota Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah dikendalikan pada hari ini di Rumah Masak 1Bn TDDB, Berakas Garison. Seramai 29 anggota 1Bn TDDB menghadiri bengkel tersebut bermula 14 Ogos 2023 hingga 18 Ogos 2023. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Khairul Ariffin bin Awang Adanan, Pegawai Memerintah, Kompeni Memerintah, 1Bn TDDB.
Sepanjang bengkel ini dijalankan, para peserta telah diajar mengenai pelajaran teori yang merangkumi pandu arah, tatacara rondaan, mengesan jejak, kelangsungan hidup dan mencari maklumat sewaktu membuat rondaan. Mereka juga menjalani latihan praktikal pandu arah di Trek Hiking Berakas Garison mengikut seksyen.
Bengkel ini bertujuan sebagai ulang kaji kepada anggota infantri TDDB, sekaligus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pembacaan peta dan membuat pandu arah hutan. Ia turut diharapkan mampu meningkatkan kapabiliti anggota dalam mendapatkan maklumat semasa melakukan rondaan dan membuat tinjauan.