PENANJONG GARRISON, Thursday, 05 November 2020 – The closing ceremony of the All Arms Demolition and Battle Simulation Course 2020 took place at Support Battalion, Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF). Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF. A total
of 20 RBLF personnel attended this course from Combat Engineer Squadron Sp Bn RBLF, Chemical, Biological, Radiological and Explosive (CBRE) Defence Unit Sp Bn RBLF, Assault Pioneer Platoon Command Company Second Battalion RBLF and Training Institute Royal Brunei Armed Forces.
The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah and followed by the certificate presentation. The Overall Best Award for All Arms Demolition and Battle Simulation Course 2020 was awarded to Sergeant Jamalludin bin Haji Bagol from CBRE Defence Unit Sp Bn RBLF. It continued with a speech delivered by the guest of honour and concluded with the recitation of doa selamat led by Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin and group photo session.
One of the main objective of this course is to enhance the competency of the trainees in conducting engineer tasks by the use of explosives either in training, exercise or operation. The course also provides the trainees with the proper knowledge and skills in using and preparing of explosives safely in all spectrum of activities.


MAJLIS PENUTUP KURSUS PEMUSNAHAN DAN SIMULASI PERANG SESI 2020
PENANJONG GARISON, Khamis, 05 November 2020 – Majlis Penutup bagi Kursus Pemusnahan dan Simulasi Perang Sesi 2020 telah diadakan bertempat di Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bntu TDDB). Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB. Seramai 20 anggota TDDB daripada Skuadron Jurutera Tempur Bn Bntu TDDB, Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (KBRL) Bn Bntu TDDB, Platun Rintis Serang Kompeni Memerintah Batalion Kedua TDDB dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menyertai kursus tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi kursus ini disandang oleh Sarjan Jamalludin bin Haji Bagol dari Unit Pertahanan KBRL, Bn Bntu TDDB. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat dan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Haji Sharul Azrimin bin Haji Bidin dan sesi bergambar ramai.
Salah satu objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pelatih dalam menjalankan tugas sebagai anggota jurutera medan bagi menggunakan bahan letupan sama ada semasa dalam latihan atau pun operasi. Kursus ini juga telah memberikan pelatih dengan pengetahuan serta kemahiran penting bagi memastikan penggunaan dan penyediaan bahan letupan dilaksanakan dengan selamat.