BANYUWANGI, INDONESIA, Saturday, 23 September 2023 – The closing ceremony for LATMA KERIS SATRIA Exercise 14/2023 involved officers and personnel from Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) which was held at the 515th Raider Infantry Battalion/Ugra Tapa Yudha of the Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) Parade Square, Banyuwangi, Indonesia.
Present to conclude the exercise was Infantry Colonel Muhammad Fuad Suparlin Commandant of the Raider Infantry Brigade 9 Darhka Yudha KOSTRAD accompanied by Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF. The ceremony commenced with the decommissioning of armbands by Commanding Officer of 2Bn RBLF and Commandant of the Raider Infantry Brigade 9 Darkha Yudha KOSTRAD, followed by a closing speech from both sides before concluding with a Doa Selamat.
In his speech, the Commandant of the Raider Infantry Brigade 9 Darhka Yudha Kostrad expressed his gratitude to the officers and personnel who were involved in the exercise and carried it out successfully. He also conveyed his appreciation on the teamwork and camaraderie between RBLF and TNI-AD.
The Commanding Officer of 2Bn RBLF in his speech expressed the highest appreciation for the cooperation that had been given by Raider Infantry Brigade 9 Darhka Yudha Kostrad and Battalion Infantry Raider 515/Ugra Tapa Yudha TNI-AD in successfully hosting the exercise by focusing on knowledge sharing and experience.
In appreciation of the officers and personnel who made the exercise a success a Malam Akrab was hosted by TNI-AD. The purpose of the dinner night is to strengthen the bonds between both land forces in sharing their experience and culture. The dinner night concluded with the exchange of mementos from both sides.



MAJLIS PENUTUP DAN MALAM AKRAB EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA 14/2023
BANYUWANGI, INDONESIA, Khamis, 28 September 2023 – Majlis Penutup Eksesaii LATMA KERIS SATRIA 14/2023 melibatkan pegawai-pegawai dan anggota dari Batalion kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang diadakan di Padang Kawad Batalion Infantri Raider ke-515/Ugra Tapa Yudha Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD), Banyuwangi, Indonesia.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi upacara tersebut ialah Kolonel Infanteri Muhammad Fuad Suparlin, Komandan Brigade Infanteri Raider 9 Dharka Yudha 2 KOSTRAD dan Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Upacara telah dimulakan dengan pembukaan toha yang disempurnakan oleh Komandan Brigade Infanteri Raider 9 Dharka Yudha 2 KOSTRAD dan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, diikuti dengan ucapan penutup daripada kedua belah pihak dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Didalam ucapan Komandan Brigade Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD, beliau menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dengan kemampuan dan profesionalisma yang telah dipamerkan oleh kedua-dua belah pihak disepanjang eksesais dijalankan. Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap kerjasama dan keakraban antara TDDB dan TNI-AD.
Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Brigade Infanteri Raider 9/Dharaka Yudha secara amnya dan Batalyon Infanteri Raider 515/Ugra Tapa Yudha TNI-AD secara khasnya kerana telah menghoskan eksesais tersebut dengan memfokuskan kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman.
Sebagai penghargaan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang menjayakan eksesais tersebut, Majlis Malam Akrab telah dianjurkan oleh TNI-AD untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua angkatan tentera darat dalam mengongsikan pengalaman, adat dan budaya. Majlis makan malam diakhiri dengan pertukaran cenderahati dari kedua belah pihak.