BRUNEI MUARA, Friday, 11 December 2020 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 59th Anniversary, a total of 65 RBLF personnel from RBLF Headquarters and Company Headquarters RBLF today conducted cleaning campaigns at several cemetries. The cleaning campaigns focused at the Brunei Muara area such as Kampong Subok Cemetery, Kampong Limbungan Cemetery, Kampong Batong Cemetery, Kampong Kasat Cemetery, Kampong Lumapas Cemetry, Kampong Kupang Cemetery and Kampong Jerudong Cemetery. Following the cleaning campaign, they also held recitation of surah Yaasin and Tahlil.

This charitable activity is an annual event to enhance the spiritual development of the RBLF personnel. It also serves to strengthen ties and camaraderie between personnel as well as to encourage contributions to the community.

ANGGOTA MARKAS TDDB DAN KOMPENI MARKAS TDDB ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM

BRUNEI MUARA, Jumaat, 11 Disember 2020 – Bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang ke 59 tahun, seramai 65 anggota yang terdiri daripada gabungan anggota-anggota tentera daripada Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB, pada hari ini telah mengendalikan aktiviti kerja-kerja amal dengan melaksanakan kempen kebersihan di beberapa tanah perkuburan Islam secara serentak. Kempen pembersihan tertumpu kepada beberapa kawasan tanah perkuburan di Daerah Brunei Muara seperti kawasan Tanah Perkuburan Kampong Subok, Tanah Perkuburan Kampong Limbungan, Tanah Perkuburan Kampong Batong, Tanah Perkuburan Kampong Kasat, Tanah Perkuburan Kampong Lumapas, Tanah Perkuburan Kampong Kupang dan Tanah Perkuburan Kampong Jerudong. Selain daripada kerja pembersihan, aktiviti juga diteruskan dengan mengadakan bacaan surah Yaasin dan Tahlil.

Aktiviti amal tersebut merupakan aktiviti tahunan berterusan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi nilai-nilai kerohanian di kalangan anggota TDDB. Selain itu, aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan anggota TDDB serta memupuk semangat setiakawan dan keinginan untuk berbakti kepada masyarakat.