BRUNEI MUARA AND SERIA, Friday, 06 November 2020 – Royal Brunei Land Force (RBLF) continued cleaning campaign at Muslim cemeteries in conjunction with the 59th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Anniversary. Today, a total of 69
RBLF personnel from the RBLF Headquarters and Company Headquarters RBLF involved in cemetery cleaning campaigns which were held at Kampong Subok Cemetery, Kampong Limbungan Cemetery, Kampong Batong Cemetery, Kampong Kasat Cemetery, Kampong Lumapas Cemetery, Kampong Kupang Cemetery and Kampong Jerudong Cemetery. While another 75
Land Engineering Combat Service Support (CSS) RBLF personnel also held similar activities at Jerudong Cemetery, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Cemetery, Anduki Cemetery and Kampong Lumapas Cemetery.
The cemetery cleaning campaigns ended with the recitation of Surah Yassin and Tahlil. The campaign has been a success, and will continue to be held yearly as one of the charitable activities in conjunction with RBAF’s Anniversary. It is aimed to build community spirit among the RBLF personnel, including to pay respect and in remembrance of the late RBLF personnel.
KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM
BRUNEI MUARA DAN SERIA, Jumaat, 06 November 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) meneruskan aktiviti membersihkan kubur di tanah perkuburan Islam sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) yang ke 59 tahun. Pada hari ini, seramai 69 anggota dari Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB telah mengadakan kempen kebersihan di beberapa tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Kampong Subok, Tanah Perkuburan Kampong Limbungan, Tanah Perkuburan Kampong Batong, Tanah Perkuburan Kampong Kasat, Tanah Perkuburan Kampong Lumapas, Tanah Perkuburan Kampong Kupang dan Tanah Perkuburan Kampong Jerudong. Selain itu, 75 anggota dari Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB juga mengadakan aktiviti yang sama di Tanah Perkuburan Kampong Jerudong, Tanah Perkuburan Islam Masjid Jame ’Asr Hassanil Bolkiah, Tanah Perkuburan Anduki dan Tanah Perkuburan Kampong Lumapas.
Kempen membersihkan tanah perkuburan diakhiri dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Kempen tersebut telah berjaya dilaksanakan dan akan diteruskan secara tahunan sebagai salah satu aktiviti berkebajikan sempena sambutan HUT ABDB. Aktiviti seumpama ini bertujuan untuk memupuk semangat kemasyakatan di kalangan anggota-anggota TDDB dan juga sebagai penghormatan serta mengenang anggota-anggota TDDB yang telah kembali ke rahmatullah.

