BERAKAS GARRISON, Thursday, 6th November 2025 The Combat Service
Support Royal Brunei Land Forces (CSS RBLF) held the closing event for the Class 3
Driving Course at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The course, which
commenced on 7
th October 2025 and concluded on 7th November 2025, was
participated by 80 personnel from various RBLF sub-units under the supervision of
experienced instructors from the Military Transport and Land Engineering CSS RBLF.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Corporal Abdul Hafiz
bin Hanafi, one of the course participants
representatives, followed by the
presentation of certificates to the participants. Lance Corporal Mohammad Rifqi bin
Dullah, from the CSS Fire and Safety Services, was awarded the Best Overall Student.
The event then proceeded with a speech from Major Muhammad Shahrimmy bin
Karim, the Commanding Officer of Depot Logistics, CSS, where he expressed his
appreciation to all units involved, including instructors, coordinators, and participants,
for their dedication and cooperation in ensuring the success of the course. He also
called on the participants to continue practising the knowledge and skills they have
acquired by becoming disciplined, prudent and responsible drivers, both on and off
duty, to ensure the safety of all road users.

Throughout the course, participants underwent comprehensive theoretical and
practical training covering road traffic regulations, road safety, defensive driving
techniques, and vehicle maintenance. The Class 3 Driving Course continues to serve
as an effective platform in producing competent, knowledgeable, and responsible
drivers in RBLF.

ACARA PENUTUP KURSUS MEMANDU KELAS 3

BERAKAS GARISON, Khamis, 6 November 2025 Tentera Darat Diraja Brunei
(TDDB) telah mengadakan Acara Penutup Kursus Memandu Kelas 3 bertempat di
Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Kursus yang bermula pada 7 Oktober 2025 dan
berakhir pada 7 November 2025, telah disertai oleh 80 anggota dari pelbagai sub-unit
TDDB di bawah bimbingan tenaga pengajar dari Kenderaan Pasukan dan
Kejuruteraan Darat.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Koperal Abdul
Hafiz bin Hanafi, wakil peserta kursus, diikuti dengan penyampaian sijil kepada para
peserta.Lans Koperal Mohammad Rifqi bin Dullah dari Khidmat Bomba dan
Keselamatan, KBK TDDB, telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan.
Acara diteruskan dengan ucapan daripada Mejar Muhammad Shahrimmy bin Karim,
Pegawai Pemerintah Depoh Logistik, KBK TDDB yang mana beliau menzahirkan
penghargaan kepada semua unit-unit yang terlibat termasuk tenaga pengajar,
penyelaras kursus serta para peserta atas dedikasi dan kerjasama mereka dalam
menjayakan kursus tersebut. Beliau turut menyeru para peserta supaya terus
mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dengan menjadi
pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertanggungjawab, sama ada semasa atau
di luar waktu bertugas, bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. 

Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti latihan teori dan amali yang
komprehensif iaitu merangkumi undang-undang lalu lintas, keselamatan jalan raya,
teknik pemanduan defensif serta penyelenggaraan asas kenderaan. Kursus ini turut
menekankan kepentingan disiplin, tanggungjawab dan amalan pemanduan yang
selamat bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. Kursus
Memandu Kelas 3 ini diharap dapat terus menjadi platform yang efektif dalam
melahirkan pemandu yang cekap, berpengetahuan dan bertanggungjawab dalam
TDDB. ​