PENANJONG GARRISON, Monday, 29th January 2024 – Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff Royal Brunei Land Force (RBLF) conducted a working visit today to the School of Infantry (SOI) RBLF, Penanjong Garrison.

 

Upon arrival, the delegation was welcomed by Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of SOI RBLF. The visit commenced with a group photo session and the signing of commemorative parchment. Subsequently, the visit proceeded with a briefing by the Commanding Officer of SOI RBLF, followed by an interactive session with the personnel of SOI RBLF.

 

In his address, Lieutenant Colonel Erwan emphasised the pivotal role of instructors in shaping the course participants, highlighting the importance of not only possessing knowledge but also effectively conveying it, maintaining discipline, and embodying a positive way of life. Furthermore, he expressed the expectation for SOI RBLF to uphold and, when necessary, enhance its quality standards to align with the current situation and changes. This, in turn, ensures the outcomes produced by the course participants are of higher competence.

 

The working visit provided an opportunity for the Chief of Staff RBLF to offer guidance and reminders to the personnel of SOI RBLF, expressing gratitude for their dedicated service and commitment.

KUNJUNGAN KERJA KETUA STAF TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE SEKOLAH INFANTRI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 

PENANJONG GARISON, Isnin, 29 Januari 2024 – Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat kunjungan kerja pada hari ini ke Sekolah Infantri (SI) TDDB, Penanjong Garison.

 

Ketibaan rombongan disambut oleh Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SI TDDB. Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan. Lawatan diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh Pegawai Pemerintah SI TDDB, diikuti dengan sesi interaktif bersama anggota SI TDDB.

 

Dalam ucapan beliau, Leftenan Kolonel Erwan menekankan pentingnya peranan sebagai jurulatih dalam membentuk peserta kursus, di samping perlunya ilmu pengetahuan dan penyampaian yang berkesan selaku jurulatih. Pengekalan disiplin yang mantap dan tatacara hidup yang positif juga perlu ada dalam setiap anggota. Selain itu, beliau juga mengharapkan agar SI TDDB akan meneruskan dan meningkatkan kualiti unit berkenaan  searus dengan perkembangan semasa dan perubahan zaman bagi melahirkan peserta kursus yang kompeten dan berdaya maju.

 

Melalui kunjungan tersebut, Ketua Staf TDDB berpeluang untuk memberikan panduan dan peringatan kepada anggota SI TDDB serta menzahirkan rasa penghargaan atas khidmat dan komitmen yang telah dicurahkan.

​