HONOLULU, Thursday, 16th May 2024 – Royal Brunei Land Force’s delegation led by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff (COS) of the Royal Brunei Land Force (RBLF), recently participated in the 11th Land Forces Pacific (LANPAC) Symposium and Exposition in Honolulu, Hawaii, United States of America. The event was held from 14 to 16 May 2024 which consisted of participation from over 24 countries and was organised by The Association of the United States Army (AUSA) and inaugurated by General A. Flynn, Commanding General of the United States Army Pacific (USARPAC). LANPAC initially aims to provide a unique opportunity to engage with allies and partners from across the Pacific region, exchange ideas for enhancing armies’ capabilities and forge bilateral and multinational relationships through joint exercises or army to army talk.

This year’s theme, “Campaigning with Landpower,” underscores the significant role of land forces in the Indo-Pacific region, particularly in preserving peace, stability, and security. It recognised the distinctive contributions of land forces in safeguarding sovereign territory, protecting populations, and upholding international law. The event aimed to fortify the Strategic Landpower Network through improved coordination among participating countries’ land forces, fostering unity and collective commitment. By advocating regional stability, facilitating information exchange, and augmenting deterrence capabilities, the event contributed to nurturing mutual understanding, cooperation, and efficient crisis response among nations.

During the event, the COS and delegation took the opportunity to explore exhibitors showcasing a variety of equipment, products, cutting-edge technology, and service solutions aimed at enhancing the capabilities of armies and fulfilling their requirements. Furthermore, the Symposium and Exposition served as a platform for allies and partners from the Pacific region to engage in discussions, exchange ideas, and cultivate bilateral and multinational relationships through collaborative exercises and army-to-army dialogues. The RBLF has been participating in LANPAC since its inception in 2013.

 

KETUA STAF TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI LAND FORCE OF THE PACIFIC (LANPAC) SYMPOSIUM AND EXPOSITION 2024

HONOLULU, Khamis, 16 Mei 2024 – Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan delegasi telah menyertai Simposium dan Pameran Land Forces of the Pacific (LANPAC) 2024 di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat. Acara yang diadakan bermula dari 14 hingga 16 Mei 2024 itu menyaksikan penyertaan lebih dari 24 negara anjuran The Association of the United States Army (AUSA) dan dirasmikan oleh Jeneral A. Flynn, Commanding General of the United States Army Pacific (USARPAC). Simposium LANPAC ini bertujuan bagi memberikan peluang unik untuk berhubung dengan rakan kongsi dari seluruh rantau Indo-Pasifik dan dapat memberikan manfaat kepada tentera darat di samping bertukar idea untuk meningkatkan keupayaan tentera serta menjalin hubungan dua hala dan multinasional melalui latihan bersama atau perbincangan tentera.

Dengan tema tahun ini, “Campaigning with Landpower“, ianya menekankan peranan penting tentera darat di rantau Indo-Pasifik, khususnya dalam mengekalkan keamanan, kestabilan, dan keselamatan. Ianya juga mengiktiraf sumbangan unik tentera darat dalam melindungi wilayah berdaulat, melindungi penduduk, dan menegakkan undang-undang antarabangsa. Acara tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan Rangkaian Kekuatan Darat Strategik melalui peningkatan koordinasi di kalangan tentera darat negara yang menyertai, memupuk perpaduan dan komitmen kolektif. Acara ini juga bertujuan untuk memperjuangkan kestabilan serantau, memudahkan pertukaran maklumat, dan memperkukuhkan keupayaan pencegahan serta bertujuan untuk menyumbang kepada pemupukan pemahaman bersama, kerjasama dan tindak balas krisis yang efisien di kalangan negara-negara.

Semasa acara tersebut, Ketua Staf dan rombongan telah berpeluang untuk melawat pameran yang mempamerkan pelbagai peralatan, produk, teknologi terkini, dan penyelesaian perkhidmatan yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan tentera dan memenuhi keperluan mereka. Selain itu, Simposium dan Pameran berfungsi sebagai platform bagi negara-negara dari rantau Pasifik untuk terlibat dalam perbincangan, pertukaran idea, dan memupuk hubungan dua hala dan serantau melalui latihan kerjasama dan dialog tentera ke tentera. TDDB telah menyertai LANPAC sejak penubuhannya pada tahun 2013.