BERAKAS GARRISON, Friday, 9 June 2023 – The Change of Command Ceremony between the outgoing Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif and the new Commander of RBLF, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman was held this morning at First Battalion RBLF, Parade Square, Berakas Garrison.

The ceremony was attended by the Deputy Commander of RBLF, Senior officers and officers of RBLF, Land Force Sergeant Major and RBLF personnel.

Upon arrival, the outgoing Commander of RBLF received the honourary salute and then inspected the Guard of Honour consisting of personnel of RBLF. The parade was under the command of Major Mohamad Safizan bin Ahmad, Deputy Commanding Officer of Third Battalion RBLF.

The outgoing commander in his farewell speech as the 13th Commander of RBLF reiterated that all RBLF personnel are crucial in the role of national defence. It is appropriate that all RBLF personnel maintain obedience and enthusiasm, sustainable leadership, robust preparedness, and strong spiritual strength to propel RBLF towards success to uphold the sovereignty of the Sultanate, Religion and Country.

The ceremony continued with the signing of certificates and the handover of Tongkat Kepimpinan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei from the outgoing Commander of RBLF to the new Commander of RBLF, symbolising the official handing over of duties as the Commander of RBLF.

As the newly appointed Commander of RBLF, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman delivered his inaugural speech as the 14th Commander of RBLF in which he conveyed his utmost appreciation to the outgoing Commander of RBLF for his leadership and wisdom in leading the RBLF as well as to previous Land Force Commanders. He further emphasised his three essential guidance, ‘SATRIA, SETIA, SEDIA’ as a motto in continuing to be a relevant organisation as well as to always uphold its duties and roles.

To bless the ceremony, Lieutenant Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar from the Royal Brunei Armed Forces, Religious Directorate (JAMA’AT) recited the Doa Selamat and Doa Ambil Alih Tugas as well as Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony then proceeded to the Officer’s Mess, Berakas Garrison and concluded with a Closing Doa, a group photo session, and the signing of parchment.

 

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI​

BERAKAS GARISON, Jumaat, 9 Jun 2023 – Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pada hari ini di antara Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif dan Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB yang baru yang telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad, Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison.

Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB, Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB.

Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota-anggota TDDB di bawah perintah Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB.

Dalam ucapan beliau sebagai Pemerintah TDDB ke-13 menegaskan bahawa semua anggota TDDB adalah penting dalam peranan pertahanan negara. Sewajarnya semua anggota TDDB mengekalkan kepatuhan dan semangat kepimpinan yang mampan, kesiapsiagaan yang mantap, dan kekuatan rohani yang kuat untuk memacu TDDB ke arah kejayaan dalam menegakkan kedaulatan Kesultanan, Agama dan Negara.

Majlis diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB dan penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB daripada mantan Pemerintah TDDB kepada Pemerintah TDDB yang baru, melambangkan penyerahan rasmi tugas sebagai Pemerintah TDDB.

Selaku Pemerintah TDDB ke-14, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman turut menyampaikan ucapan ulung beliau yang mana beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pemerintah TDDB ke 13 di atas kepimpinan dan kebijaksanaan beliau dalam memimpin TDDB serta untuk mantan-mantan Pemerintah Tentera Darat sebelum ini. Beliau seterusnya menekankan tiga panduan asas iaitu, ‘SATRIA, SETIA, SEDIA’ sebagai moto dalam usaha merealisasikan TDDB akan terus relevan dalam melaksanakan tugas serta peranannya.

Bagi memberkati upacara, Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar,  daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) membacakan Doa Selamat dan Doa Ambil Alih Tugas serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis kemudian beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison dan diakhiri dengan Doa Penutup, sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.