PENANJONG GARRISON, Thursday, 13th August 2026 – The Closing Ceremony of the Combat Net Radio Network Management Course Session 2026 was held at the Parade Square, Combined Arms Training Centre, Royal Brunei Land Forces (CATC RBLF), Penanjong Garrison. A total of 12 participants successfully completed the course, comprising two officers and eight personnel from the RBLF, one personnel from the Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and one personnel from the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces. The course was conducted from 6th July to 14th August 2026. The event was officiated by Acting Commandant of CATC RBLF.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Lance Corporal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from the RBAF Religious Directorate, followed by a course review, presentation of certificates and awards, and closing remarks by the Acting Commandant of CATC RBLF. The Overall Best Student Award and Best Theory Award were presented to Lieutenant Haziq Zharfan bin Haji Awang Hasbollah from the Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), while the Best Practical Award was presented to Sergeant Khairol Zulfadli bin Haji Mohammad, also from the 2Bn RBLF.
The course aimed to enhance the knowledge, skills and competency of Signals personnel in planning, managing and operating Combat Net Radio Networks in support of military operations. Successful completion of the course also forms part of the criteria for promotion and career progression within the Communication field.







MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS PENGURUSAN KOMUNIKASI RADIO RANGKAIAN KOMBAT SESI 2026
PENANJONG GARRISON, Khamis, 13 Ogos 2026 – Majlis Penutup Kursus Pengurusan Komunikasi Radio Rangkaian Kombat Sesi 2026 telah diadakan di Padang Kawad, Pusat Latihan Gabungan Tempur, Tentera Darat Diraja Brunei (PULGAT TDDB), Penanjong Garrison. Seramai 12 peserta telah berjaya menamatkan kursus tersebut, terdiri daripada dua orang pegawai dan lapan orang anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), seorang anggota dari Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan seorang anggota dari Akademi Pertahanan, ABDB. Kursus ini telah dilaksanakan dari 06 Julai hingga 14 Ogos 2026. Majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan PULGAT TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Lans Koperal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Jabatanarah Agama ABDB, dan diikuti dengan ulasan kursus, penyampaian sijil dan anugerah, serta ucapan penutup oleh Pemangku Komandan PULGAT TDDB. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Teori Terbaik telah disampaikan kepada Leftenan Haziq Zharfan bin Haji Awang Hasbollah dari Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB). Manakala, Anugerah Praktikal Terbaik telah disampaikan kepada Sarjan Khairol Zulfadli bin Haji Mohammad, yang juga dari 2Bn TDDB.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan anggota Semboyan dalam merancang, mengurus dan mengendalikan Rangkaian Radio Rangkaian Kombat bagi menyokong pelaksanaan operasi ketenteraan. Kejayaan menamatkan kursus ini turut menjadi sebahagian daripada kriteria bagi kenaikan pangkat dan perkembangan kerjaya dalam bidang Komunikasi.