KAMPUNG SERASA, Wednesday, 01 May 2019 – In conjunction with the 58th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Anniversary celebration, 17 personnel from Alpha Company First Battalion of the Royal Brunei Land Force (A Coy 1Bn RBLF) conducted campaign activities at Serai Pimping Muslim Cemetery, Kampung Serasa. The recital of tahlil was led by WO2 Pengiran Samsuladi bin Pengiran Bakar, Company Sergeant Major of A Coy 1Bn RBLF. The purpose of this campaign is to remember those who have departed and to strengthen the relations of RBLF personnel involved in the activity.


AKTIVITI KEMASYARAKATAN MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN KAMPUNG SERASA BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-58 TAHUN
KAMPUNG SERASA, Rabu, 01 Mei 2019 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-58 Tahun, seramai 17 orang anggota Kompeni A Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp A 1Bn TDDB) telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Serai Pimping, Kampung Serasa. Pembacaan tahlil oleh rombongan tersebut telah diketuai oleh PW2 Pengiran Samsuladi bin Pengiran Bakar, Kompeni Sarjan Mejar Komp A 1Bn TDDB.
Adapun tujuan aktiviti kemasyarakatan ini diadakan adalah salah satu aktiviti untuk memupuk nilai murni bagi mengenang jasa dan budi anggota-anggota tentera yang telah kembali kerahmatullah bahkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anggota-anggota tentera yang sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.