BANDUNG, INDONESIA, Thursday 25 October 2018 – The 10th Brunei-Indonesia Army Working Group (BRUNESIA AWG) 2018 meeting between Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) and the Royal Brunei Land Force (RBLF) was successfully held from 23 October 2018 to 26 October 2018 at Bandung, Republic of Indonesia.

The RBLF delegation was represented by Colonel Khairil bin Haji Ismail, Chief of Staff RBLF, Lieutenant Colonel Azman bin Haji Peizan and Major Mahathir bin Haji Nordin.  The TNI-AD delegation was headed by Brigadier General Untung Budiarto, Deputy Assistant for Operations to Indonesian Army Chief of Staff.

The purpose of this meeting is to coordinate the activities such as visits, courses, training and military exercises between RBLF and TNI AD for the year 2019 in order to enhance defence diplomacy and strengthen relations between the two Armed forces.

BRUNESIA AWG is held once a year hosted by both countries on an alternate basis. The previous BRUNESIA AWG took place on 17 April to 20 April 2017 in Brunei Darussalam.

MESYUARAT KELOMPOK KERJA BRUNESIA TENTERA DARAT SIRI 10/2018 DIANTARA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA NASIONAL INDONESIA

BANDUNG INDONESIA, Khamis 25 Oktober 2018 – Mesyuarat Kelompok Kerja Brunesia Tentera Darat Siri 10/2018 diantara Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Nasional Indonesia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Oktober 2018 hingga 26 Oktober 2018 bertempat di Bandung, Republik Indonesia.  

Delegasi TDDB diwakili oleh Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf TDDB, Leftenan Kolonel Azman bin Haji Peizan dan Mejar Mahathir bin Haji Nordin. Manakala, delegasi TNI-AD diketuai oleh Brigadir Jenderal TNI Untung Budiarto, Wakil Asisiten Operasi Kasad.

Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah bagi menyelaraskan kegiatan-kegiatan seperti lawatan, kursus, latihan dan eksesais tentera antara Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat bagi tahun 2018/2019. Disamping mempertingkatkan lagi diplomasi pertahanan serta mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak angkatan tentera.

Mesyuarat ini dikendalikan setahun sekali dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergantian. Mesyuarat sebelumnya telah diadakan pada 17 April hingga 20 April 2017 di Negara Brunei Darussalam.