BERAKAS GARRISON, Tuesday, 17 October 2023 – The 13th Brunei-Indonesia Army Working Group (BRUNESIA AWG 13/2023) meeting between the Royal Brunei Land Force (RBLF) and Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) was held from 17 October 2023 to 20 October 2023 at RBLF Headquarters, Berakas Garrison.
The RBLF delegation was led by Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF, whereas the TNI-AD delegation was headed by Brigadier General Thevi A. Zebua, Deputy Assistant for Operations to Indonesian Army Chief of Staff.
As part of his visit programme, Brigadier General Thevi A. Zebua and his delegation had the opportunity to visit various places throughout Brunei Darussalam such as the Royal Regalia at Bandar Seri Begawan, School of Infantry RBLF and the Training Simulation Centre in Penanjong Garrison.
The BRUNESIA AWG Meeting is a platform for both countries to discuss bilateral engagements which involve meetings, courses, military trainings, and visits that will further enhance the bilateral relations between the two armies. The BRUNESIA AWG is held once a year and is hosted by both countries on an alternate basis. The previous BRUNESIA AWG took place from 22 November 2022 until 24 November 2022 in Yogyakarta, Republic of Indonesia.




MESYUARAT KUMPULAN KERJA BRUNEI-INDONESIA SIRI 13/2023
BERAKAS GARISON, Selasa, 17 Oktober 2023 – Mesyuarat Kumpulan Kerja Tentera Brunei-Indonesia ke 13 (BRUNESIA AWG 13/2023) antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI AD) telah diadakan pada 17 Oktober 2023 hingga 20 Oktober 2023 bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Delegasi TDDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB, manakala delegasi TNI-AD diketuai oleh Brigadir Jenderal TNI Thevi A. Zebua, Wakil Asisten Operasi Kepala Staf Angkatan Darat.
Antara program lawatan Brigadir Jenderal TNI Thevi A. Zebua dan rombongan berpeluang membuat lawatan ke beberapa tempat menarik di Negara Brunei Darussalam seperti Muzium Alat Kebesaran Diraja di Bandar Seri Begawan, Sekolah Infantri TDDB dan Training Simulation Centre di Penanjong Garison.
Mesyuarat BRUNESIA AWG merupakan platform penting untuk kedua buah negara bagi membincangkan penglibatan dua hala iaitu mesyuarat, kursus, latihan ketenteraan dan pertukaran lawatan yang mampu meningkatkan lagi diplomasi pertahanan khususnya antara kedua angkatan darat. BRUNESIA AWG juga menjadi mesyuarat tahunan dan dihoskan oleh kedua – dua negara mengikut giliran. Sebelum ini, Mesyuarat BRUNESIA AWG telah berlangsung pada 22 November 2022 hingga 24 November 2022 di Yogyakarta, Republik Indonesia.