BERAKAS GARRISON, Wednesday, 7 February 2024 – The First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) conducted a Security Briefing and Occupational Health and Safety (OHS) Talk today at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Two officers and 110 other ranks of 1Bn RBLF attended the briefing which was delivered by Major Mahathir bin Haji Nordin, Deputy Commanding Officer of 1Bn RBLF and Lieutenant Mohammad Khairulanwar bin Awg Haji Kismis, Acting Intelligence Officer of 1Bn RBLF.
The briefing highlighted two main areas: security issues, including understanding threats and disciplinary standards, and OHS practices for 1Bn RBLF personnel. It ended with an interactive question and answer session to reinforce the importance of OHS in RBLF.
The 1Bn RBLF has pledged to hold monthly briefings to heighten awareness regarding security matters and emphasise the significance of OHS. Through this proactive approach, 1Bn RBLF endeavors to diminish instances of military, civil, and Syariah offenses among its members, as well as mitigating workplace accidents.
TAKLIMAT SEKURITI DAN TAKLIMAT KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA (KKK)
BERAKAS GARISON, Rabu, 7 Februari 2024 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengendalikan Taklimat Sekuriti dan Taklimat Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) pada hari ini yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Seramai dua pegawai dan 110 lain – lain peringkat 1Bn TDDB menyertai taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Mejar Mahathir bin Haji Nordin, Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan Leftenan Mohammad Khairulanwar bin Awg Haji Kismis, Pemangku Pegawai Perisik 1Bn TDDB.
Taklimat tersebut menekankan dua perkara utama iaitu isu keselamatan, termasuk memahami ancaman dan piawaian disiplin, serta amalan KKK untuk anggota 1Bn TDDB. Taklimat berakhir dengan sesi soal jawab interaktif bagi mengukuhkan kepentingan KKK dalam TDDB.
1Bn TDDB berhasrat untuk mengadakan taklimat yang sama secara bulanan bagi meningkatkan kesedaran mengenai hal keselamatan dan menekankan kepentingan KKK. Melalui pendekatan proaktif ini, 1Bn TDDB berusaha untuk mengurangkan berlakunya kesalahan ketenteraan, sivil dan syariah di kalangan anggotanya, di samping mengurangkan kemalangan di tempat kerja.