PENANJONG GARISON, Tuesday 16 October 2018 – Support Battalion of the Royal Brunei Land Forces (Sp Bn RBLF) conducted a briefing on adulterated medicines and supplement products for the military personnel of the Sp Bn RBLF at the Cookhouse of Sp Bn RBLF. The speaker of the briefing was from the Department of Pharmaceutical Services, Ministry of Health.
The main aim of the briefing is to raise awareness among the military personnel of Sp Bn RBLF, regarding medicines and supplement products that contains prohibited substances. The briefing also touched on the side effects of taking adulterated medicines and traditional supplements as well as identifying products contaminated with undeclared pharmaceutical substances. An exhibition on medicines and supplement products was also shown to the audiences. The briefing concluded with a question and answer session.
TAKLIMAT MENGENAI PRODUK UBAT DAN SUPLEMEN YANG DICEMARI DENGAN BAHAN TERLARANG DI BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Selasa, 16 Oktober 2018 – Taklimat mengenai produk ubat dan suplemen yang dicemari dengan bahan terlarang telahpun diadakan di Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) bagi anggota-anggota di Rumah Masak Bn Bantu TDDB. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.
Tujuan taklimat diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan anggota-anggota yang bertugas di Bn Bantu TDDB mengenai produk ubat dan suplemen yang mengandungi bahan terlarang. Di antara isi kandungan taklimat, ianya juga menggariskan tentang kesan sampingan dari pengambilan produk ubat dan suplemen tradisional dan juga mengenalpasti produk yang didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.
Selain daripada itu, satu pameran mengenai produk ubat dan suplemen juga diperlihatkan. Taklimat berkenaan seterusnya diakhiri dengan sesi soal jawab.
