BERAKAS GARRISON, Monday, 09 November 2020 – Today, a total of 69 Royal Brunei Land Force (RBLF) personnel from the RBLF Headquarters, Company Headquarters RBLF and First Battalion RBLF took part in the blood donation campaign in conjunction with the Royal Brunei Land Force 59th Anniversary and in collaboration with the Blood Donation Centre (BDC), Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital at the Berakas Garrison’s Gym.

This campaign aims to further strengthen social responsibility within RBLF personnel towards community as well as increase awareness on the importance of blood donation and good health implication to the donors. Prior before this campaign started, representatives from BDC RIPAS, Ministry of Health conduct medical check-up to all the donors to ensure they are fit to donate.

RBLF will extend Blood Donation Campaign to other units of RBLF in order to support the Ministry of Health’s effort to ensure constant and adequate blood supply is readily available in Brunei Darussalam. Through this campaign, it is hoped to encourage RBLF personnel to practice good deeds as every blood donated can save lives.

KEMPEN MENDERMA DARAH BAGI WARGA TDDB SEMPENA HUT TDDB KE 59 TAHUN

BERAKAS GARISON, Isnin, 09 November 2020 – Pada hari ini seramai 69 anggota dari Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Kompeni Markas TDDB dan Batalion Pertama TDDB telah menyertai Kempen Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 59 dengan kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bertempat di Dewan Gerak Badan, Berakas Garison.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat di kalangan warga TDDB selain untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah dan manfaat kesihatannya kepada penderma. Sebelum proses menderma darah dijalankan, wakil Kementerian Kesihatan dari Unit Tabung Simpanan Darah Hospital RIPAS terlebih dahulu menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penderma darah yang layak untuk menderma.

TDDB akan meneruskan Kempen Derma Darah di unit-unit TDDB dalam menyokong usaha pihak Kementerian Kesihatan bagi memastikan stok bekalan darah di Negara Brunei Darussalam adalah mencukupi. Melalui kempen ini, ia juga dihasratkan untuk menggalakkan anggota-anggota TDDB akan terus berusaha membuat amalan kebajikan bagi pesakit-pesakit yang memerlukannya serta dapat membantu menyelamatkan nyawa.