BOLKIAH GARRISON, Friday, 2nd February 2024 – The Medical Services Royal Brunei Land Force (RBLF) and Dental Services RBLF organised a Blood Donation Campaign in conjunction with the 62nd Anniversary of RBLF. The campaign took place at the Ibnu Sina Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison in collaboration with the Blood Bank of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital. A total of 52 military personnel from the Medical Services RBLF and Dental Services RBLF participated in the campaign.

 

The Blood Donation Campaign aims to convey RBLF’s care and support for the community by donating blood to the national blood bank reserve. In addition, to fostering a sense of charity and social responsibility among military personnel. The campaign further aims to raise public awareness about blood donation to the Blood Donation Center for distribution to those in need.

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 62

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 2 Februari 2024 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Pergigian TDDB telah menganjurkan Kempen Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun ke 62 Tentera Darat Diraja Brunei. Kempen ini telah berlangsung di Dewan Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, Bolkiah Garison dengan kerjasama Tabung Darah Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Seramai 52 anggota tentera dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB telah menyertai kempen berkenaan.

 

Kempen Derma Darah merupakan lambang keprihatinan dan sokongan TDDB terhadap masyarakat dengan menyumbang darah bagi simpanan tabung darah negara. Selain itu, ia turut memupuk sikap suka beramal dan menyemai tanggungjawab sosial di kalangan anggota tentera, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya menderma darah kepada Pusat Derma Darah untuk disalurkan bagi membantu mereka yang memerlukan.