SUNGAI AKAR CAMP, Monday, 5 February 2024 – The Royal Guards Regiment, Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) held a blood donation campaign at the Cookhouse of Sungai Akar Camp in conjunction with the 62nd Anniversary of RBLF. A total of 65 personnel participated in the campaign.
This community project is part of RBLF’s initiative to support the Blood Donation Centre of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital. The campaign aims to boost the National Blood Bank Reserves, raise awareness in the community on the role of blood donation in saving lives, encouraging military personnel to contribute and foster a sense of social responsibility to the broader community.
KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 62
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Isnin, 5 Februari 2024 - Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah mengendalikan kempen derma darah bersempena sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 62 bertempat di Rumah Masak, Perkhemahan Sungai Akar. Sebanyak 65 anggota telah menyertai kempen berkenaan.
Projek kemasyarakatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif TDDB untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kempen tersebut antara lain bertujuan untuk menambah simpanan Bank Darah Kebangsaan, di samping meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat tentang kepentingan pendermaan darah kepada individu yang memerlukan serta menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat secara umumnya.