BERAKAS GARRISON, Tuesday, 30th January 2024 – A Blood Donation Campaign was carried out by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in commemoration of its 62nd Anniversary Celebration with a total of 100 personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF) participated in the campaign today held at the First Battalion RBLF Cookhouse, Berakas Garrison.
This community project is part of RBAF’s initiative to support the Blood Donation Centre of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital. The campaign aims to boost the National Blood Bank Reserves, raise awareness in the community on the role of blood donation in saving lives, encouraging military personnel to contribute and foster a sense of social responsibility to the broader community.



KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 62
BERAKAS GARISON, Selasa, 30 Januari 2024 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah pada hari ini sempena sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke 62. Seramai 100 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai kempen tersebut yang berlangsung di Rumah Masak Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison.
Projek kemasyarakatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif ABDB untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kempen tersebut antara lain bertujuan untuk menambah simpanan Bank Darah Kebangsaan, di samping meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat tentang kepentingan pendermaan darah kepada individu yang memerlukan serta menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat secara umumnya.