LUMUT CAMP, Wednesday, 25 November 2020 – The Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has carried out a blood donation campaign in conjunction with the 59th Anniversary of the Royal Brunei Royal Brunei Land Force (HUT RBLF) this morning at the Gym Hall Lumut camp.
The campaign was conducted by the staff of
Tabung Darah RIPAS Hospital and a total of 59 members from 3Bn RBLF participated in providing support and involved in further success in the campaign.
This blood donation campaign is aimed at providing support and concern to the community in contributing and increasing the savings of the country’s blood bank. Thus, to instill the nature of charitable deeds to military personnel that donating blood is a noble practice and it can save the lives of those who need it.

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HUT TDDB YANG KE 59 TAHUN DI DEWAN GERAK BADAN BATALION KETIGA TDDB PERKHEMAHAN LUMUT
PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 25 November 2020 –Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah melaksanakan kempen derma darah sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) yang ke-59 pada pagi tadi bertempat di Dewan Gerak Badan Perkhemahan Lumut.
Kempen tersebut telah dikendalikan oleh pihak kakitangan Hospital Tabung Darah Hospital RIPAS dan seramai 59 orang anggota daripada 3Bn TDDB telah turut serta dalam memberikan sokongan dan melibatkan diri dalam menjayakan lagi dalam kempen tersebut.
Kempen derma darah yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dalam menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara. Disamping itu, ianya juga menanamkan sifat beramal jariah kepada anggota-anggota tentera bahawa menderma darah adalah amalan mulia dan dengan izin Allah, ianya dapat menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya.