BANGAR, Tuesday, 05th March 2024 – In conjunction with the Brunei Darussalam’s 40th National day, the E Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (E Coy 1Bn RBLF) in collaboration with Blood Donation Centre of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital held a blood donation drive at the Belalong Community Hall, Bangar, Temburong District. The event saw the participation of five donors from E Coy 1Bn RBLF.
This community project is part of RBLF’s ongoing efforts to support the Blood Donation Centre of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital and aims to boost the National Blood Bank Reserves as well as to raise awareness in the community on the role of blood donation in saving lives. Furthermore, it aims to cultivate a sense of social responsibility among military personnel toward the broader community.
KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE-40, DAERAH TEMBURONG
BANGAR, Selasa, 05 Mac 2024 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 40 Tahun, Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp E, 1Bn TDDB) dengan Kerjasama daripada Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah mengadakan aktiviti menderma darah di Dewan Kemasyarakatan Belalong, Bangar, Daerah Temburong. Usaha berkebajikan ini disertai oleh seramai lima anggota daripada Komp E 1Bn TDDB.
Projek kemasyarakatan tersebut adalah usaha berterusan TDDB untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di samping bertujuan untuk menambah simpanan Bank Darah Kebangsaan, dan meningkatkan kesedaran serta keprihatinan masyarakat tentang kepentingan pendermaan darah kepada individu yang memerlukan. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk menanamkan rasa tanggungjawab sosial di kalangan anggota tentera terhadap masyarakat secara amnya.