BOLKIAH GARRISON, Friday, 06 October 2023 – The Finance Department Royal Brunei Land Force (RBLF) Headquarters in collaboration with Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) held a Finance Management Briefing today for the personnel from the Dental Services, RBLF that took place at the Ibnu Sina Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison. The briefing was delivered by BIBD Financial Officers.
A total of 40 officers and personnel of Dental Services RBLF attended the brief which focused on personal financial management. It highlighted the importance of establishing an emergency fund, monthly income management, zakat requirements and several BIBD facilities that could be helpful during financial difficulties.
The briefing serves to educate the personnel of Dental Services RBLF on the importance of individual financial management and to exercise better financial practices. Also, it is one of the initiatives launched by the Finance Department RBLF to achieve the goal towards having literate personnel in financial management.
TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DARI BIBD TINGKATKAN KESEDARAN LITERASI KEWANGAN BAGI ANGGOTA KHIDMAT PERGIGIAN TDDB
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 6 Oktober 2023 – Pejabat Kewangan Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kolaborasi padu bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi pada hari ini bagi anggota Khidmat Pergigian TDDB bertempat di Dewan Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai-pegawai Kewangan BIBD.
Seramai 40 pegawai dan anggota Khidmat Pergigian TDDB menghadiri taklimat berkenaan yang memfokuskan pengurusan kewangan persendirian. Ia juga menekankan kepentingan untuk mempunyai simpanan kecemasan, pengurusan pendapatan bulanan, kewajiban dalam pembayaran zakat dan beberapa kemudahan yang ditawarkan oleh BIBD bagi menyelesaikan permasalahan kewangan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pengurusan kewangan persendirian yang mantap khususnya bagi bagi anggota Khidmat Pergigian TDDB dan menanamkan tabiat kewangan yang lebih baik. Ia juga berperanan dalam memupuk dan dan menanamkan tabiat kewangan yang lebih baik. Ia juga merupakan salah satu inisiatif Pejabat Kewangan Markas TDDB bagi merealisasikan matlamat dalam menuju ke arah warga TDDB yang celik ilmu pengurusan kewangan.