BERAKAS GARRISON, Friday, 9 December 2022 – Berakas Garrison kicked off its largest beach clean-up within the vicinity of the camp’s coastline.  The clean-up efforts focused on Berakas Beach, a four-kilometer strip of coastline facing the South-China Sea.  The area has recently been hit with heavy rainfalls and has caused litter to be collected along the shoreline. 

 

The on-going initiative is aimed at promoting a clean green environment as well as to promote firsthand awareness to the community on the collective efforts necessary to remove litter from the marine ecosystem.  Witnessing this problem firsthand will encourage the community in Berakas Garrison to assess their litter usage and look to change the behavior of the community with regards to plastic and litter wastage.  The campaign efforts stretched from Berakas Mini stadium and concluded at the Royal Brunei Armed Forces Saddle Club.

 

The units involved in this campaign are, the Royal Brunei Land Force (RBLF) Headquarters and Headquarters Company, First Battalion RBLF, Combat Service Support RBLF, Medical Services, Dental Services, No. 2 Wing Royal Brunei Air Force, and the Civilian Administration Office. 

 

In line with one of Wawasan Brunei 2035’s goal which is to provide a high quality in life by creating a sustainable environment, the cleaning campaign is part of RBLF’s initiative to ensure that areas that will be developed or have been develop provide a sustainable natural and cultural environment. Aside from promoting awareness, the initiative looks to introduce a healthier lifestyle, instilling a culture of disposing garbage responsibly alongside exhibiting a sense of responsibility and cooperation amongst military personnel within Berakas Garrison.

 

BERAKAS GARISON MENGENDALIKAN KEMPEN PEMBERSIHAN PANTAI SECARA BESAR-BESARAN BAGI TAHUN 2022

 

BERAKAS GARISON, JUMAAT, 9 Disember 2022 – Berakas Garison telah mengendalikan kempen kebersihan di kawasan persisiran pantai Berakas Kem. Usaha tersebut tertumpu di Pantai Berakas Kem sejauh empat kilometer yang menghadap Laut China Selatan memandangkan kawasan berkenaan telah dilanda hujan lebat dan menyebabkan sampah-sarap terdampar di persisiran pantai. 

 

Inisiatif kempen ini bertujuan untuk mempromosikan alam persekitaran yang bersih serta untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang kerjasama padu dalam sama-sama menjaga kebersihan dan kepentingan untuk membuang sampah dari ekosistem marin.  Dari itu, ia dapat mengubah tatacara pembuangan plastik dan sampah-sarap yang lebih baik dan berkesan kepada semua penduduk di Berakas Kem. Kempen ini telah bermula dari mini stadium Berakas Kem dan berakhir di Kelab Menunggang Kuda, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

Penglibatan unit-unit dalam usaha berkebajikan ini merangkumi Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas, Batalion Pertama TDDB, Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Pergigian, No 2 Wing, Tentera Udara Diraja Brunei dan Pejabat Pentadbiran Awam.

 

Selaras dengan salah satu matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu untuk menyediakan kualiti hidup yang tinggi dengan mewujudkan persekitaran yang mampan, kempen pembersihan adalah sebahagian daripada inisiatif TDDB untuk memastikan kawasan yang akan dibangunkan atau telah dibangunkan menyediakan alam semula jadi dan budaya persekitaran yang mampan. Selain mampu memupuk kesedaran, inisiatif ini juga berperanan bagi memperkenalkan gaya hidup yang sihat, tidak camah mata serta dapat mewujudkan rasa bertanggungjawab dan kerjasama dalam membentuk kerja sepasukan di kalangan anggota tentera di Berakas Garison.