PENANJONG GARISON, Rabu 07 Mac 2018 – Pusat Kaunseling ABDB (PK ABDB) meneruskan lagi program turun padang dengan pemberigaan pengetahuan anggota ABDB mengenai kesedaran kaunseling dan anti-dadah atau ringkasnya program TEKAD. Program tersebut dikendalikan di Rumah Masak Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison dengan penglibatan 210 anggota termasuk pegawai dari Bn Bantu TDDB.
Pengendalian program TEKAD kali ini turut diselajurkan dengan pengendalian satu tinjauan tahunan yang akan digunakan bagi mengukur kepuasan hidup dikalangan anggota ABDB yang merangkumi aspek nilai kepimpinan dan pengurusan, keluarga serta pencapaian diri di sepanjang tempoh perkhidmatan di dalam ABDB.
Melalui program TEKAD diharapkan dapat menyuntik nilai kesedaran di kalangan anggota tentera mengenai kepentingan dan manfaat kaunseling serta bahaya penglibatan dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.


