NYAMUKYING, DAERAH TUTONG, Thursday, 27 August 2026 – The Combined Arms Training Centre, Royal Brunei Land Forces (CATC RBLF), in collaboration with the 1Bn RBLF, held the Closing Event of the Basic, Intermediate and Advanced Special Task Platoon (STP) Courses 2026 at Nyamukying, Tutong District.

A total of 34 participants from RBLF combat units took part in the courses, which were conducted from 1 June 2026 to 27 August 2026. The event was officiated by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander. Also in attendance were Senior Officers, Commanding Officers, officers and course instructors.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a course review delivered by Captain Muhammad Safwan bin Sufian, Course Conducting Officer. The programme continued with a Final Assault demonstration by the course participants, showcasing the tactical skills and competencies acquired throughout the training. Course patches were then presented to all participants, followed by the presentation of awards.

For the Basic Special Task Platoon Course, the Best Overall Award was presented to Lieutenant Norhafiz bin Mohd Sani from the 3Bn RBLF; the Best Practical Award to Lieutenant Ak Bahrul Hasya Azmi bin Pg Haji Ali from the 1Bn RBLF; the Best Theory Award to 54567 Private Mohd Nur Fikri bin Haji Mohd Fauzy from the 3Bn RBLF; and the Best Physical Training Award to Lieutenant Awg Muhd Nazirul Hafizhullah bin Awg Haji Morshidi from the 2Bn RBLF.

For the Intermediate Special Task Platoon Course, the Best Overall Award was presented to 53920 Lance Corporal Abdul Rafee bin Mohaimin from the 2Bn RBLF. For the Advanced Special Task Platoon Course, the Best Overall Award was presented to 50697 Corporal Jamalyzlan bin Yanau from the 2Bn RBLF.

The 13-week courses aimed to equip Special Task Platoon personnel with small-team tactics through the Basic Course, develop patrol commanders through the Intermediate Course, and enhance instructor-level proficiency through the Advanced Course. The training contributes to strengthening RBLF operational readiness through the development of tactical competence, leadership skills and instructional expertise.

ACARA PENUTUP KURSUS ASAS, PERTENGAHAN DAN LANJUTAN PLATUN GERAK KHAS SESI 2026

NYAMUKYING, DAERAH TUTONG, Khamis, 27 Ogos 2026 – Pusat Latihan Gabungan Tempur, Tentera Darat Diraja Brunei (PULGAT TDDB), dengan kerjasama Batalion Pertama, TDDB telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Platun Gerak Khas (PGK) Asas, Pertengahan dan Lanjutan 2026 di Nyamukying, Daerah Tutong.

Seramai 34 anggota daripada unit-unit tempur TDDB telah menyertai kursus tersebut yang dijalankan mulai 1 Jun 2026 hingga 27 Ogos 2026. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan acara ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Memerintah, pegawai – pegawai serta jurulatih kursus.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan taklimat kursus yang disampaikan oleh Kapten Muhammad Safwan bin Sufian, Pegawai Pengendali Kursus. Acara diteruskan dengan demonstrasi Serangan Akhir (Final Assault) oleh para peserta kursus yang memperlihatkan kemahiran dan kecekapan taktikal yang diperolehi sepanjang menjalani latihan. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian lencana kursus serta penyampaian sijil anugerah terbaik.

Bagi Kursus Asas Platun Gerak Khas, Anugerah Terbaik Keseluruhan telah disampaikan kepada Leftenan Norhafiz bin Mohd Sani daripada 3Bn TDDB, manakala Anugerah Terbaik Amali dianugerahkan kepada Leftenan Ak Bahrul Hasya Azmi bin Pg Haji Ali dari 1Bn TDDB. 54567 Sld Mohd Nur Fikri bin Hj Mohd Fauzy dari 3Bn TDDB menerima Anugerah Teori Terbaik, manakala Anugerah Terbaik  Jasmani disampaikan kepada Leftenan Awg Muhd Nazirul Hafizhullah bin Awg Haji Morshidi dari 2Bn TDDB.

Bagi Kursus Lanjutan, Anugerah Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada 50697 Kpl Jamalyzlan bin Yanau dari 2Bn TDDB, manakala 53920 Lkpl Abdul Rafee bin Mohaimin dari 2Bn TDDB menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Pertengahan.

Kursus selama 13 minggu ini bertujuan untuk melengkapkan anggota baharu Platun Gerak Khas Batalion Infantri dengan kemahiran asas taktik kumpulan kecil melalui Kursus Asas, membentuk ketua rondaan yang kompeten melalui kursus pertengahan, serta meningkatkan tahap kecekapan sebagai jurulatih dalam kalangan peserta kursus lanjutan. Latihan secara berperingkat ini menyumbang kepada pengukuhan keupayaan operasi TDDB melalui pembangunan anggota yang mempunyai kecekapan taktikal, kemahiran kepimpinan serta kepakaran dalam bidang pengajaran dan latihan yang diperlukan bagi mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi TDDB yang tinggi.