DAERAH TUTONG, Jumaat 22 Disember 2017 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Kg Danau Telisai, Daerah Tutong. Keadaan ombak yang kuat telah menyebabkan hakisan tanah di dua buah kawasan kediaman penduduk Kg Danau.
Dalam menangani kejadian tersebut,anggota daripada 2Bn TDDB seramai 35 anggota dari Komp A telah dikerahkan untuk memberi bantuan ke kawasan yang terjejas. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan tenaga untuk menembok bekas hakisan tanah di Kg Danau. 2Bn TDDB akan sentiasa memantau kejadian bencana alam di Daerah Tutong dan akan menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan.