BERAKAS GARRISON, Friday 10 July 2020 – Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force today awarded Engineering Badge to two newly posted officers to the unit and six personnels from Land Engineering Command, Leadership and Management for Artificer course in a ceremony held at Land Engineering Headquarters, Berakas Garrison.

Presenting the badges was Yang Mulia Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force. Also in attendance were officers and non-commissioned officers from the unit.

The officers who received Engineering Badge were 1251 Lieutenant Mohd Shakri bin Sahri and 1278 Lieutenant Md Hishammuddin bin Bahrin, both from the 17th intake of Officer Cadet School, DA RBAF and will resume their post as Officer In Charge Production Penanjong Workshop and Officer In Charge Mechanical Bolkiah Workshop in Land Engineering starting on 01 July 2020. While the other six recipients were personnel from Land engineering units who went to HNTeC in Automotive Engineering and HNTeC in Mechanical Engineering at Institute of Brunei Technical Education and successfully passed Land Engineering Command, Leadership and Management Course (LE CLM) for intake 8/2020 at Land Technical Training Wing, Training Institute Royal Brunei Armed Forces. 

The badge serves as a formality and also eligibility of those who are chosen to hold various positions at the level of technical supervisors of Land Engineering to assist in management of maintenance and repair for land based equipments.

 

MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA KEJURUTERAAN DARI KEJURUTERAAN DARAT, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Juma’at 10 Julai 2020 – Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei telah menganugerahkan Lencana Kejuruteraan (Engineering Badge) kepada dua orang pegawai yang baru berpindah ke unit tersebut dan seramai enam anggota dari unit berkenaan yang mengikuti
Command, Leadership and Management for Artificer Course pada majlis penyampaian yang telah berlangsung di Markas Kejuruteraan Darat, Berakas Garison.

Majlis penyampaian lencana ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan dari unit berkenaan.

Pegawai-pegawai yang menerima Lencana Kejuruteraan adalah 1251 Leftenan Mohd Shakri bin Sahri dan 1278 Leftenan Md Hishammuddin bin Bahrin yang merupakan pegawai-pegawai dari pengambilan ke 17 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan mula ditugaskan sebagai Pegawai Penguasa Produksi Penanjong Woksyop dan Pegawai Penguasa Mekanikal Bolkiah Woksyop yang berkuatkuasa pada 01 Julai 2020.  Manakala, seramai enam orang anggota lain-lain peringkat menerima lencana yang sama selepas menjalani program
HNTeC in Automotive Engineering dan
HNTeC in Mechanical Engineering di Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan setelah menamatkan kursus
Land Engineering Command, Leadership and Management Course (LE CLM) bagi siri 8/2020 di Cawangan Latihan Teknikal Darat, Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Lencana Kejuruteraan ini merupakan sebagai formaliti atau kelayakan bagi mereka untuk menyandang jawatan penyelia teknikal (Technical supervisor) untuk membantu dalam mengurus tadbir hal ehwal penyelenggaraan, pemeliharaan dan pembaikan bagi kelengkapan dan kenderaan ABDB yang berpangkalan di darat.