BERAKAS GARISON, Rabu, 4 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Kolonel Sorrawat Pattamakom, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan Yang Mulia Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB dan Kolonel Sorrawat Pattamakom merakamkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan dua hala yang mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand. Yang Mulia Pemerintah TDDB juga merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Thailand yang lama di atas kerjasama dan sumbangan beliau dalam hubungan pertahanan Negara Brunei Darussalam – Thailand, yang merangkumi pelbagai interaksi seperi eksesais, lawatan, kursus dan pertukaran profesional lain.

Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam dan berharap dapat meneruskan momentum hubungan kerja rapat dengan Kolonel Nopadej Pansri bagi memperkuat hubungan pertahanan dua hala.