JERUDONG, Wednesday, 01 May 2019 – The Army to Army Talks (A2AT) between the Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Malaysian Army took place from 29 April until 01 May 2019 at the Star Lodge Hotel.

The RBLF delegation was led by Colonel Khairil bin Haji Ismail, Chief of Staff RBLF, whereas the Malaysian Army delegation was led by Major General Dato Haji Muhammad Anwar bin Abdullah, Assistant Chief of Staff, Operations and Training, Malaysian Army Headquarters.

As part of the meeting programme, Major General Dato Haji Muhammad Anwar bin Abdullah made a Courtesy Call to Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Commander of RBLF. During the courtesy call, both sides highlighted the growing defence relations between the two countries through regular visits, exchange of visits, exercises and courses and discussed on other avenues of cooperation. 

The purpose of the A2AT was to coordinate bilateral engagements such as visits, courses, training and military exercises for 2019/2020 in order to facilitate activities between the two Armed Forces and to discuss future opportunities for cooperation.

Army to Army (A2AT) 03/2019 is held once a year hosted by both countries on an alternate basis. The previous Army to Army (A2AT) took place from 17 to 19 July 2017 in Malaysia.




       

MESYUARAT ARMY TO ARMY TALKS (A2AT) 03/2019 DIANTARA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA DARAT MALAYSIA

JERUDONG, Rabu, 01 May 2019 – Mesyuarat Army to Army Talks (A2AT) diantara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah dilaksanakan pada 29 April hingga 01 May 2019 bertempat di Hotel Star Lodge.

Delegasi TDDB diketuai oleh Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf TDDB. Manakala, delegasi Tentera Darat Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato Haji Muhammad Anwar bin Abdullah, Penolong Ketua Staf, Operasi dan Latihan, Markas Tentera Darat Malaysia.

Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato Haji Muhammad Anwar bin Abdullah juga membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Semasa kunjungan hormat, kedua belah pihak membincangkan tentang kerjasama yang telah lama terjalin khususnya didalam bidang pertahanan dan perkembangan positif dalam hubungan pertahanan dua hala antara kedua buah negara melalui pertukaran lawatan, mesyuarat dan latihan tentera.

Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah bagi menyelaraskan kegiatan-kegiatan seperti lawatan, kursus, latihan dan eksesais tentera antara TDDB dan TDM bagi tahun 2019/2020, di samping untuk memudahkan aktiviti di antara kedua-dua pihak angkatan tentera dan membincangkan peluang untuk bekerjasama dalam masa depan.

Mesyuarat ini dikendalikan setahun sekali dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergantian. Mesyuarat sebelumnya telah diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2017 di Malaysia.