TRAINING INSTITUTE, Thursday, 20 February 2020 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) as the head of the Anti-Riot Project has conducted a Study Day for Anti-Riot at the School of Infantry, Training Institute RBAF. The study day were attended by personnel who are undergoing courses for Section Commanders and Assistant Section Commanders.

The theory lessons for anti-riot were presented by Captain Pengiran Mas Sanusi bin Pengiran Haji Masuni, Officer from Third Battalion RBLF followed by practical lessons.

The purpose of this study day was to provide exposure and share knowledge on issues of national security. The study day also emphasised the importance of anti-riot as it is one of the basic requirements for those in the Infantry Battalions. The study day also introduced the new Tactics, Techniques and Procedures (TTPs), that are equivalent to the TTPs used globally.

Additionally, this study day is in line with the RBLF Anti-Riot Project as preparation for RBLF particularly for the upcoming ASEAN Summit 2021 that will be conducted next year and to be taught to all the units within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

PELAJARAN PENYURAIAN RUSUHAN DIKENDALIKAN OLEH BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

INSTITUT LATIHAN, Khamis, 20 Februari 2020 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) selaku Ketua Projek Penyuraian Rusuhan telah melaksanakan Pelajaran Penyuraian Rusuhan di Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB. Pelajaran ini telah disampaikan kepada anggota-anggota kursus Ketua Seksyen dan Penolong Ketua Seksyen.

Pelajaran teori penyuraian rusuhan baru telah dibentangkan oleh Kapten Pengiran Mas Sanusi bin Pengiran Haji Masuni, Pegawai daripada Batalion Ketiga TDDB diikuti dengan latihan praktikal.

Adapun tujuan pelajaran ini diadakan ialah untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan tentang keselamatan dalam negeri. Penyuraian Rusuhan ini juga adalah penting kerana ianya sebagai keperluan asas Battalion Infantri. Pelajaran ini juga memperkenalkan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) yang baru setaraf dengan TTP yang digunakan di peringkat global.

Selain itu, pelajaran penyuraian rusuhan in juga selari Projek Penyuraian Rusuhan TDDB bagi persiapan TDDB khususnya untuk menghadapi Mesyuarat
ASEAN Summit 2021 pada tahun hadapan. Oleh itu, pelajaran yang dikendalikan adalah salah satu langkah untuk penerapan kepada keseluruhan unit-unit ABDB.