Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

(2) KEJOHANAN BOLASEPAK PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2016

Muara, Rabu, 17 Ogos 2016 – Kejohanan Bolasepak peringkat ABDB bagi tahun 2016 diadakan selama tiga minggu bermula pada 01 Ogos 2016 sehingga 17 Ogos 2016. Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada, pasukan Bolasepak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pasukan Bolasepak Tentara Laut Diraja Brunei (TLDB), Pasukan Bolasepak Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Pasukan Bolasepak Kementerian Pertahanan dan Pasukan Bolasepak Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Sistem perlawanan bagi tahun ini adalah sistem liga. Perlawanan ini diadakan di beberapa tempat padang bola di ABDB seperti Padang bola Pangkalan Rimba, Penanjong Garison, Berakas Garison, Bolkiah Garison dan Muara TLDB.

Pengurus Pasukan Bolasepak TUDB, Kpt (U) Muhd Yusra bin Awg Jafar, memulakan dengan pemilihan pemain-pemain wakil bagi pasukan Bolasepak TUDB sebelum kejohanan bermula. Dengan latihan dijalankan dibantu oleh penolong pengurus bolasepak TUDB, SSjn (U) Hj Bahrin bin Hj Tuah dan jurulatih-jurulatih Pasukan Bolasepak TUDB iaitu SSjn (U) Hj Hasni bin Hj Abd Ghani dan Sjn (U) Asrin bin Mohamat.

Pasukan Bolaspeak TUDB memulakan perlawanan liga mereka dengan menentang Pasukan bolasepak TDDB dengan kedudukan seri 1-1. Perlawanan kedua Pasukan TUDB menentang IL ABDB bertempat Padang Bola Pangkalan Rimba dengan kemenangan yang besar 7-0. Manakala perlawanan ketiga menentang pasukan bolasepak kementerian pertahanan dengan kemenangan 3-1. Perlawanan akhir liga menentang pasukan TLDB berakhir dengan kekalahan tipis 1-0.

Dengan Kejohanan Liga Bolasepak ABDB, pasukan TUDB berada dalam kedudukan yang kedua yang mana telahpun mara keperingkat akhir menentang Pasukan Bolasepak TDDB. Perlawanan akhir perlawanan bolasepak ABDB telah diadakan di padang bola Muara TLDB pada 17 Ogos 2016. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Pasukan TUDB dengan keputusan 1-0 sekaligus menjuarai piala iringan bagi Kejohanan Bolasepak Peringkat ABDB tahun 2016.  Jaringan unggul itu dijaringkan oleh Lkpl (U) Md Faisal bin Hj Md Napiah  diminit 35min. Permain terbaik disandang oleh Sld (U) Md Adb Quddus bin Matasan dari Pasukan Bolasepak TUDB.​