Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

(1) PENYERAHAN SUMBANGAN AMAL ANGGOTA-ANGGOTA TUDB KEPADA JAPEM SEMPENA HUT TUDB KE 50 TAHUN 2
http://mindef_poc.egc.gov.bn/airforce/Airforce%20Image/KHAI1732.JPG

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) , Bandar Seri Begawan, Selasa 16 Ogos 2016 -  Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang ke 50 Tahun, telah diadakan penyerahan sumbangan amal anggota-anggota TUDB kepada JAPEM.

Sumbangan amal ini berupa makanan asasi harian sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan di negara ini. Rombongan pegawai dan anggota TUDB diketuai oleh 486 Mejar (U) Johar bin Hj Abdullah, Pengerusi Majlis Kemasyarakatan TUDB Sempena HUT TUDB ke 50 Tahun.

​Rombongan TUDB disambut oleh pegawai dan kakitangan JAPEM diketuai oleh Ketua Unit Bencana dan Bantuan Perumahan, JAPEM, Awang Mohd Johardi bin Hamdi.  JAPEM merupakan Jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang  mana salah satu matlamat mereka adalah meningkatkan penyertaan yang luas dikalangan masyarakat, bahan-bahan sukarela dan sektor swasta dalam memberikan perkhidmatan masyarakat.​