RIPAS HOSPITAL, Wednesday, 02 September 2020 – As an organisation which strives to take care of the concerns and welfare of its personnel, an aid has been made to the family of a 6-year-old boy who was recently attacked and bitten by stray dogs on 28 August 2020 at Lumut Camp.
On Wednesday, 02 September 2020 morning, an aid from the ‘Tabung Kebajikan Dana Musibah’ was presented by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, the Commanding Officer of Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) to the victim, Awangku Mohammad Asrul bin Pengiran Mohammad Asmirol who is still receiving medical attention at Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital.
Certificates of Appreciation were also awarded by the Commanding Officer 3Bn RBLF to both Lance Corporal Musa bin Hj Ismail and Private Masuadi bin Hj Kamis in the afternoon, whose quick actions saved the young boy from further harm and assisted the victim to immediately receive medical help at the Medical Reception Services (MRS), Lumut Camp.


BANTUAN KEBAJIKAN MANGSA DITIMPA MUSIBAH SERANGAN ANJING LIAR DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN
HOSPITAL RIPAS, Rabu, 02 September 2020 – Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin serta mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan anggota-anggota tentera yang ditimpa musibah, penyampaian dana kebajikan telah disampaikan kepada keluarga mangsa yang telah diserang dan digigit oleh anjing liar pada 28 Ogos 2020 lepas di Perkhemahan Lumut.
Pada sebelah pagi hari Rabu, 02 September 2020, penyampaian Tabung Kebajikan Dana Musibah telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) kepada mangsa, iaitu Awangku Mohammad Asrul bin Pengiran Mohammad Asmirol yang sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Sehubungan dengan itu, pada sebelah petang, Sijil Penghargaan juga turut disampaikan oleh Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB kepada Las Kopral Musa bin Hj Ismail dan juga Soldadu Masuadi bin Hj Kamis di atas kewaspadaan dan tindakan cepat kedua-dua anggota yang telah menyelamatkan mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk dari serangan anjing liar berkenaan. Dan sejurus itu, membawanya terus ke Pusat Perubatan dan Kesihatan, Perkhemahan Lumut.