PENANJONG GARISON, Khamis 01 Mac 2018 – Perlawanan merintis Askar Wanita peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bagi tahun 2017/2018 telah diadakan di Penanjong Garison. Acara tersebut dikelolakan oleh Batalion Bantu (Bn Bantu) TDDB sebagai persediaan untuk perlawanan merintis peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan diadakan pada 22 Mac ini.Hadir selaku Tetamu Kehormat menyaksikan pertandingan ini ialah Pegawai Pergigian Kanan, Khidmat Pergigian Berakas Garison, Yang Mulia Leftenan Kolonel (Dr) Norinda binti Haji Tengah, Pegawai Wanita TDDB dan Askar Wanita TDDB.
Bagi perlawanan kali ini, setiap pasukan ditubuhkan daripada berlainan unit yang terdiri daripada Markas TDDB, Kompeni Markas TDDB, Khidmat Perubatan Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB, Khidmat Pergigian KBK TDDB, Kejuruteraan Darat KBK TDDB, Skuadron Semboyan KBK TDDB, Depoh Logistik KBK TDDB, Batalion Ketiga TDDB dan Batalion Bantu TDDB. Selain daripada itu, Kategori Terbuka Perseorangan 30 tahun kebawah dan 31 tahun keatas juga di bukakan bagi anggota yang tidak menyertai Kategori Berpasukan.
Pasukan Putih menjuarai perlawanan tersebut diikuti dengan Pasukan Hijau ditempat kedua dan Pasukan Kuning ditempat ketiga. Perlawanan merintis merupakan acara sukan tahunan dan pada tahun ini akan dikelolakan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).




